Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2. badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam; berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan; mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang ramai, memberikan se­suatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak mempunyai pokok manggis dlm paraknya; pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : Ar tempat berhenti sebentar (mem­baca dll), jeda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : diuntukkan bagi kegunaan umum (sbg derma atau sedekah): telaga ~ telaga yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (spt utk perkuburan, utk mendirikan masjid). mewakafkan memberikan harta benda atau tanah utk kegunaan orang ramai; memberikan sesuatu utk hal-hal yg berkaitan dgn agama: Raja Mokhtar telah ~ anjung rumahnya utk dijadikan surau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakaf (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan sedekah, hadiah, derma, sumbangan, pemberian;,
Kata Terbitan : mewakafkan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Saham wakaf Johor manfaatkan tanah wakaf terbiarSalawati HarisMilenia Muslim1 December 2006
Wakaf lisan perlu fatwa elak dipertikai: tiada bukti, tiada saksiDalia IsmailMilenia Muslim1 December 2006
Pengurusan wakaf perlu "muttawali" baharu?Mohamad Salleh AbdullahDewan Ekonomi1 October 2008
Isu harta wakaf: MAINPP penyelamat harta umat IslamAhmad Baei JaafarDewan Agama & Falsafah1 November 2006
Pembangunan harta wakaf: perlukan dimensi pengurusan baruFadillah MansorDewan Agama & Falsafah1 November 2006
YPEIM konsultan tanah wakafTiadaMilenia Muslim1 December 2006
Msalah-masalah tanah wakafTiadaMilenia Muslim1 December 2006
Pelan tindakan Yayasan Wakaf KebangsaanBaharuddin Sayin, Prof. MadyaMilenia Muslim1 December 2006
Kenapa persiakan tanah wakaf?TiadaMilenia Muslim1 December 2006
Menyewa rumah si tanah wakaf nenek moyang sendiriTiadaMilenia Muslim1 December 2006
12

Kembali ke atas