Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ran] | وارن

Definisi : 1. surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd pegawai polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah (merampas) harta, dll: ~ telah dikeluarkan utk menangkapnya; 2. surat kebenaran yg membolehkan sesuatu pem­bayaran atau penerimaan wang dibuat; ~ geledah perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa kpd polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu tempat bagi mencari barang curi, dadah, dokumen dsb; ~ pencen surat yg membolehkan bayaran pencen dibuat; ~ tangkap surat kuasa yg dikeluarkan oleh mahkamah kpd pihak polis utk menangkap seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ran] | وارن

Definisi : surat kuasa utk menangkap atau utk menahan orang salah dll: Polis telah membawa ~ utk menangkap orang itu. ~ geledah perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa kpd polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu tempat bagi mencari barang curi, dadah dokumen dsb. ~ tangkap surat kuasa yg dikeluarkan oleh mahkamah kpd pihak polis utk menangkap seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata waran


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Akta jenayah komputer 1997...pesalah boleh ditangkap tanpa waranAbdul Ghani AwangDewan Masyarakat1 September 1997

Kembali ke atas