melangsaikan | melunaskan (hutang), menjelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mirip | hampir sama atau serupa (dgn), menyerupai benar: mukanya ~ ke wajah ayah-nya; kemiripan perihal atau keadaan mirip (dgn). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rahim II | Ar organ pd perempuan dll utk mengandung anak, kandung(an), peranakan: ayahnya meninggal ketika ia masih dlm ~ ibunya; ~ bunga ovari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arwah | Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg digunakan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayah-nya; ~ Pak Mat; mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langsai I | 1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa, pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun; hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat); melangsaikan melunaskan (hutang), menjelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bapa | 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baki | apa-apa yg tinggal setelah dibahagikan; lebih: Wang yg diberikan oleh ayah semalam masih ada ~nya 15 sen. berbaki ada bakinya; berlebih: Wang saya ~ RM20.00 sesudah membayar hutang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bapa | 1. orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~ nya. 2. panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3. orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaya. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri:~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. | Kamus Pelajar |
baki | apa-apa yg tinggal setelah dibahagikan; lebih: Wang yg diberikan oleh ayah semalam masih ada ~ nya 15 sen. berbaki ada bakinya; berlebih: Wang saya ~ RM20.00 sesudah membayar hutang. | Kamus Pelajar |
janji | 1 persetujuan (secara lisan atau bertulis) utk melaksanakan atau utk memberikan sesuatu: Ayah belum lagi menepati ~nya hendak membelikan saya jam. menepati ~ membuat apa-apa yg telah disetujui; mengikat ~ membuat janji. 2 syarat; tuntutan: Ia memberikan rumah itu kpd anaknya dgn ~ tertentu. 3 had waktu; ajal: Setelah sampai ~nya, pulanglah ia ke rahmatullah. berjanji bersetuju utk membuat atau utk melaksanakan sesuatu; mengikat janji: Ia ~ akan menyekolahkan adiknya. menjanjikan menyatakan kesediaan utk membuat sesuatu; berjanji akan membuat atau akan memberikan sesuatu: Ia ~ sepasang pakaian kpd adiknya jika ia lulus dlm peperiksaan itu. perjanjian 1 hal atau perbuatan berjanji (bersetuju) ttg sesuatu; permuafakatan; persetujuan: ~ perdagangan antara Malaysia dgn Negeri China telah ditandatangani. 2 kontrak; syarat: dgn tiada ~ dgn tidak bersyarat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |