Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijilat

Puisi
 

Anak ayam turunnya enam,
     Mati seekor tinggalnya lima;
Dijilat oleh neraka jahanam,
     Budi Tuhan sudah diterima.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Juadah sudah dijilat cicak.

Bermaksud :

Perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kalis apitidak boleh terbakar atau dijilat api (bkn pakaian, pintu dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
jilat; berjilat menghulurkan lidah utk merasai sesuatu; ~ besi menghulurkan lidah mengenai besi hangat (utk menentukan apakah se­seorang itu bersalah ataupun tidak); menjilat 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah besar dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~ atap pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat pangkat, pujian, dll); menjilat-jilat menjilat berkali-kali;~ cak Kl, bk mati; ~ tapak tangan ki sesuatu (benda dll) yg diharap-harapkan, tetapi tidak didapatinya; sudah diludah, dijilat kembali prb sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali; jilatan 1. perihal menjilat; 2. barang apa yg dijilat; penjilat orang yg menjilat (mengangkat se­seorang), tukang angkat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kalis apitidak boleh terbakar atau tidak boleh dijilat api (bkn pakaian, pintu dll);Kamus Pelajar Edisi Kedua
jilatan1. perihal menjilat; 2. barang apa yg dijilat;Kamus Dewan Edisi Keempat
sederet(berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu musnah dijilat api;Kamus Dewan Edisi Keempat
musnahbinasa sama sekali; hilang lenyap; rosak: Rumah-rumah haram itu telah ~ dijilat api. memusnahkan menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. kemusnahan keadaan atau hal musnah; kebinasaan. pemusnahan perbuatan atau hal memusnahkan; pembinasaan. pemusnah yg memusnahkan: usaha utk menghapuskan ~ masyarakat dan bangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
musnahbinasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api; memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak penduduknya diperin-tahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~; pemusnahan perihal atau perbuatan memus­nahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; pemusnah yg memusnahkan (membinasa­kan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat?Kamus Dewan Edisi Keempat
menjilat1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah besar dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~ atap pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat pangkat, pujian, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
binasa1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah: dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~; sebab mulut badan ~; arang habis besi ~, tukang hembus penat saja = tuba ~, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi; membinasakan 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; kebinasaan perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; pembinasaan perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan: ~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kpd sejarah negara; pembinasa orang (benda) yg membinasakan: kapal ~; tenaga ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
musnahbinasa sama sekali; hilang lenyap; rosak: Rumah-rumah haram itu telah ~ dijilat api. memusnahkan menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki: kemusnahan keadaan atau hal musnah; kebinasaan. pemusnahKamus Pelajar
123

Kembali ke atas