kotok I | pendek (bkn kaki seluar dll), kontot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersingsing | 1. sudah disingsingkan (lengan baju, kaki seluar, kain, dll); 2. terbuka atau terselak sedikit (kelambu, langsir, dll); 3. tersisih (awan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaki seluar | bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaki seluar | bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
singsing | ; menyingsing 1. = menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek): ~ lengan baju; 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih: kabus mulai ~; 3. mulai terbit (fajar), mulai terang: kadang-kadang ia melanjutkan tidurnya sehingga fajar ~; 4. menyingkap, mendedahkan: al-Quran yg ~ makrifat yg betul; tersingsing 1. sudah disingsingkan (lengan baju, kaki seluar, kain, dll); 2. terbuka atau terselak sedikit (kelambu, langsir, dll); 3. tersisih (awan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seluar | sj pakaian, celana; ~ dalam = ~ katuk seluar yg dipakai yg ter-hampir sekali dgn bahagian kulit; ~ lemang seluar yg kecil kaki-nya; ~ panjang seluar yg panjang kakinya; ~ pendek (pandak, sampak) seluar yg pendek kakinya; berseluar memakai seluar: ia ~ panjang warna kuning. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seluar lemang | seluar yg kecil kaki-nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaki I | 1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah sekali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt bertemu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing; ~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai bermain (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol; ~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah ter-langkahkan, tangan sudah terjembakan Mn, prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi); berkaki mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hosieri | (ERT) sarung kaki, stoking atau seluar sendat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
londeh | (londéh) tanggal (lepas, lucut) ke bawah, (kain, seluar, dll), melorot; melondehkan menanggalkan (melepaskan, melucutkan) pakaian dgn mengeluarkannya melalui kaki, melorotkan; terlondeh tertanggal (terlepas, terlucut) ke bawah (kain, seluar, dll), terlorot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |