pendeknya | dgn ringkasnya; ringkasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendeknya | dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkatnya | pendek kata, pendeknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendek kaji | pendek kata, pendeknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seumumnya | 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkat kata | = ~nya pendek kata, pendeknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prosaik | 1. bersifat prosa; 2. tiada imaginasi dan menjemukan: pendeknya sebuah puisi itu tidak diucapkan secara lurus, kasar, ~ dan dangkal; ungkapan-ungkapannya kadangkala begitu mudah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlengeng | tidak memakai baju (hanya seluar atau kain sahaja): seluar pendeknya yg kuning pucat dan badannya yg ~ itu semakin kotor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengeng | (léngéng); berlengeng tidak memakai baju (hanya seluar atau kain sahaja): seluar pendeknya yg kuning pucat dan badannya yg ~ itu semakin kotor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaji I | 1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu); pendek ~ pendek kata, pendeknya; putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan; mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati); mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjem-put Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |