Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sakti (adjektif)
Bersinonim dengan keramat, bertuah, mujarab, manjur, berkuasa, berpuaka, ampuh;,
Kata Terbitan : kesaktian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sakti1. = kesaktian kuasa yg di luar kemam-puan manusia dll biasa (kebal dll): masing-masing pun mencita ~nya pula lalu menjadi naga; 2. menaruh hikmat, mempunyai kuasa ghaib, bertuah, keramat: keris yg ~; menyaktikan 1. menjadikan sakti; 2. melaku-kan sesuatu dgn sakti; kesaktian, kesakti ark sakti: mereka mem-punyai sifat-sifat ~ yg tidak dapat ditandingi lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengucapanperihal mengucap (mengucapkan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti;Kamus Dewan Edisi Keempat
sakti1 = kesaktian kuasa atau ke­bolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sakti 1 = kesaktian kuasa atau kebolehan yang luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata.Kamus Pelajar
pendarahsakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
manjur1. dapat menyembuhkan dgn segera (ubat dll), mujarab, mustajab; 2. mempunyai kuasa atau daya yg kuat (doa, jampi, dll), sakti: manteranya ~; 3. boleh mematikan dgn segera, bisa: anjing itu mati kerana termakan racun yg ~ itu; kemanjuran perihal manjur (ubat, doa, jampi, dll): ubat dan suntikan itu tidak terjamin ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
puaka1. = hantu ~ hantu penunggu, roh jahat, demit: kebanyakan mereka tidak selamat, kelong-kelongnya habis dibinasakan oleh ~-~ dan hantu-hantu laut; ~ air; ~ tanah; 2. ki orang yg (dianggap) jahat, pengacau, perosak: budak-budak itulah ~nya; 3. = berpuaka sl ada hantu penunggunya, ber­hantu, sakti: pokok ~; rumah ~; gua ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
rantau I1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang, orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan: ia telah meninggalkan kampung halaman dan mem­-bawa hidup di ~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di mana ~nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan; serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; merantau 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber­-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau.Kamus Dewan Edisi Keempat
tarungbertarung 1. berlanggar, berhantuk; 2. berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, dll: sesudah ~ dgn raksasa dan Raja Lembu, kipas sakti itu diperolehnya juga; 3. berlawan (dlm perlawanan sukan dll), bertanding: ramai pelumba motosikal yg terkemuka dr Jepun akan ~ utk merebut piala kejohanan tersebut; 4. sl berbantah, berdebat: kedua-duanya ~ di hadapan hakim; bertarungan berlanggaran, berbenturan; menarung menyandung, melanggar, mem­bentur, menyentuh; menarungkan, mempertarungkan menjadi-kan bertarung, membenturkan, memperlaga-kan, mempersabungkan; ~ nasib mengadu untung; ~ nyawa (jiwa) a) mempertaruhkan (mengorbankan) nyawa; b) berjuang bermati-matian dgn; tertarung 1. terlanggar, terhantuk, ter­sandung, tersentuh: kakinya ~ pd batu; 2. ki mendapat rintangan, tersandung; baru dimulai sudah ~ prb baru dimulai sudah menemui rintangan (halangan); kaki ~ inai padahannya, mulut terdorong emas padahan-nya prb hendaklah ditunaikan segala janji (apabila berbuat sesuatu harus berani me-nanggung akibatnya); pertarungan 1. pertempuran, perkelahian, perlawanan, pertandingan: ketika itu ber­lakulah ~ yg mengerikan antara Awang dgn Bacuk; ~ yg amat hebat ialah antara pelumba-pelumba motosikal; 2. perjuangan: dia sendiri baru lagi menceburkan dirinya dlm ~ hidup; 3. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dll): dlm ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak menye­belahi mana-mana pihak;penarung 1. = batu ~ a) rintangan, halangan; b) sesuatu yg menyakiti hati; 2. = kaum ~ ark yg menjadi perintang, puak reaksioner.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuah1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia me­mikir­kan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami di­limpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (ber­serah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pen­dapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg mem­bawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mem­punyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehor­matan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemu­liaan (kehormatan) seseorang boleh men­dapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas