Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terik (adjektif)
1. Bersinonim dengan erat: teguh, kukuh, kuat, tegang,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan sempit: ketat, sendat, mencerut,
Berantonim dengan longgar

3. Bersinonim dengan panas: hangat, berapi, berbahang, berkuap, meruap, membara, menyala, meluap, membuak, mendidih, menggelegak,
Berantonim dengan dingin

Kata Terbitan : menerik, menerikkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
renggang I1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2. agak berjauhan, kurang erat (per­sahabatan dll), kurang karib: maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara, selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya), beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn kehidupan­ku macam bumi dgn langit ~nya; berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah; merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua manusia itu sudah ~; merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia; merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; memperenggang menjadikan lebih renggang; terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit; kerenggangan perihal renggang: aku me­ngerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan; perenggangan perbuatan (proses) me­reng­gangkan sesuatu; perenggang; ~ waktu ark perintang waktu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berteduh1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku;Kamus Dewan Edisi Keempat
riak1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
riak1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air dll); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara dll); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.Kamus Pelajar
tukar; bertukar 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. bertukar-tukar saling berganti; berganti-ganti. bertukar-tukaran saling memberikan sesuatu: ~ hadiah. menukar 1 mengganti dgn yg lain: Ia ~ kasutnya yg lama dgn yg baru. 2 mengubah nama dll. 3 mengganti tempat letak sesuatu: Ia ~ tempat keretanya ke tempat yg teduh. menukarkan 1 menjadikan atau mem­­buat supaya bertukar: Siapa yg ~ meja kami? 2 memberikan sesuatu supaya diganti dgn yg lain: Dia pergi ke bank utk ~ wangnya. 3 mengarah­kan supaya bertukar: Pihak Kementerian telah ~nya dr Ipoh ke Seremban. pertukaran perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. penukaran perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan: ~ permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. penukar 1 orang yg menukar: ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). 2 alat yg digunakan utk menukar atau utk menukarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
musim1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim: dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah; 2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang; ~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah (buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir musim sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri­negeri berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji; ~ kelambu menung-gal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur, rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai (panen) masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin dgn musim luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan) masa angin bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun hingga bulan September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun; semusim 1. sama musimnya; 2. masa kira­kira setahun (dr musim tertentu hingga kem­bali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki ber-nama Encik Tayan; bermusim 1. sudah sampai atau tiba musim­nya; belum ~ belum sampai musim atau masa­nya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~; musiman mengikut musim (waktu) terten­tu: acara ~ utk tujuan-tujuan semasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
riak I1. gerakan air yg mengombak (di permukaannya), gerakan air yg merupakan bulatan (kerana batu jatuh di air dll), ombak kecil: dia merenung ~-~ air tempat jatuhnya batu itu; angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa, pohon-pohon kelapa melambai-lambai ri­ang, ~-~ kecil berlari di gigi air; 2. getaran (gerakan) udara: ketika hari terang dan panas terik ternampaklah ~-~ udara; 3. ki gerak-geri yg menandakan ada sesuatu yg terkandung dlm hati, gelagat: maka Hitam terentap ke muka Deraman, sinar matanya tidak menim-bulkan ~; ada ~-~ yg me­nunjukkan kedua-dua orang itu mem­percayai kata-kataku; ~ gelombang ge­lombang radio; ~ ikan kocakan air yg disebabkan oleh ikan; ~ mua Kl a) gelombang kecil-kecil; b) tingkah laku yg kebudak-budakan (bersifat kebudak-budakan); ~-remiak beriak-riak (air); beriak, beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, se­tenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg me­nunjukkan kan­dungan hatinya): perasaan benci ~ di muka­nya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya).Kamus Dewan Edisi Keempat
teduh1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dll): maka ribut itu pun ~lah; 2. sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan): teman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~; 3. terlindung drpd panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; 4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram: matahari sudah mulai ~; 5. ki aman, tenang; Lautan T~ Lautan Pasifik; lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll); berteduh 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; hujan tempat ~, panas tempat berlindung prb orang yg selalu mem-berikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal; meneduh Jk berteduh; meneduhi melindungi, menaungi: anjung yg terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau; meneduhkan 1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dll); 2. menjadikan terlindung drpd panas matahari: dia ~ basikalnya di bawah pokok yg rendang itu; 3. membawa ke tempat yg teduh;keteduhan 1. perihal teduh, keredaan, ke-tenangan, kelindungan; 2. terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula; peneduh sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan bunga-bungaan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas