Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ma.Öat] | جمعة

Definisi : Ar 1. hari keenam dlm seminggu, se­lepas hari Khamis; sembahyang ~ sem­bah­yang beramai-ramai (tidak kurang drpd 40 orang) pd waktu zohor di masjid (surau dll) pd hari Jumaat; 2. minggu, pekan; dua ~ dua minggu; berjumaat bersembahyang Jumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ma.Öat] | جمعة

Definisi : 1 hari yg keenam (dlm seminggu). 2 perhimpunan orang Islam; kumpulan beramai-ramai: sembayang ~ sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah pd hari Jumaat pd waktu zuhur. 3 minggu; pekan; dua ~ dua minggu. berjumaat 1 berhimpun beramai-ramai. 2 bersembahyang Jumaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jumaat

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Hendak jumpa Nabi Muhammad,
     Hendak menghadap Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(16)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
blinde[blin.dE]kata namakayu atau batu berbentuk empat segi bujur yang diletakkan di atas kubur.Ari Jemaak ni kito boh blinde kubo mok mung.[A.Äi dZ«.mA.A)/ ni ki.t boh blin.dE k:u.bo m/ muN]Hari Jumaat ni kita bubuh belindan atas kubur emak kamu.
pacok ari[pA.tS/ A.Äi] menentukan tarikh untuk mengadakan kenduri (berkenaan perkahwinan, kesyukuran dan lain-lain), menetapkan hari.Kalu jadi nok bekwoh gak, kito keno pacok ari la, Kamih tawo Jemaat.[kA.lu dZA.di n/ b:E/.wh gA/ ki.t k«.n pA.tS/ A.Äi lA kA.mih A.tA.w dZ«.mA/.A)/]Kalau jadi nak buat kenduri, kita kenalah tentukan tarikhnya, sama ada hari Khamis atau Jumaat.

Kembali ke atas