Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pel­bagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) ke­sudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir; akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahan­nya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain; mengakibatkan mendatangkan akibat, me­nye­babkan terdapatnya atau berlakunya se­suatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengke­taan yg mungkin ~ peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : hasil atau keputusan drpd sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dsb): Banyak rakyat yg menderita ~ pemberontakan itu. akibatnya hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. mengakibatkan mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibat

Peribahasa

Kambing menyusui anak harimau,
     besar dia dipatahkan tengkuknya.

Bermaksud :

Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
brokbč)/]kata adjektifbengkak pada muka akibat banyak tidur atau sakit, sembab.Mung ni tido sokmo, pasa tu muko mung brok.[muN ni ti.do s/.m pA.sA tu mu.k muN bč)/]Kamu ni selalu tidur, sebab tu lah muka kamu sembab.
notok[n:.t/]kata kerjamengelupas dengan agak teruk akibat jatuh.Abih notok palo lutut, jatoh muto.[A.bih n:.t/ p:A.l lu.tu/ dZA.toh mu.to]Habis mengelupas kepala lutut sebab jatuh moto.
ketuk[k:«.tu/]kata adjektifberkenaan mata yang bengkak akibat menangis atau tidur.Demo tido sapa ketuk mato.[dE.m ti.do sA.pA k:«.tu/ mA.t]Kamu tidur sampai bengkak mata.
gloyok[gl.j/]kata adjektifberkenaan kulit yang luka akibat terjatuh dan lain-lain.Siku adek gloyok pasa jatoh tanggo.[si.ku A.de/ gl.j/ pA.sA dZA.toh tAN.g]Siku adik luka sebab jatuh tangga.
bok[b))/]kata adjektifbengkak yang menjadi lebih besar akibat gigitan serangga, jatuh dan lain-lain.Muko budok tu bekok bok keno pakoh tebuwe.[mu.k bu.d/ tu b«.k/ b))/ k«.n pA.kh t«.bu.wE]Muka budak tu sangat bengkak kerana disengat tebuan.
globok[gl.b/]kata adjektifberkenaan luka yang sangat parah akibat kemalangan dan lain-lain.Lutuk Drome globok pasa jatoh muto.[lu.tu/ dč.mE gl.b/ pA.sA dZA.toh mu.to]Lutut Deraman luka parah sebab jatuh motosikal.
behe I[b:E.he]kata namabintat-bintat pada kulit akibat terkena sesuatu yang berbisa, bedan.Tuboh budok tu abih behe keno ulak bulu.[tu.boh bu.d/ tu A.bih b:E.he k«.n u.lA/ bu.lu]Badan budak tu penuh bintat kerana terkena ulat bulu.

Kembali ke atas