Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku] | اکو

Definisi : kata ganti nama diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti nama diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. akuan segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jelok I[dZ«.l/]kata kerja1. mengambil satu masa tertentu (untuk melakukan sesuatu).Kalu aku ado maso gak, aku jelok gi smeta tepak mung.[kA.lu A.ku A.d mA.s gA/ A.ku dZ«.l/ gi sm«.tA t«.pA/ muN]Kalau aku ada masa, aku cubalah pergi sekejap tempat kamu.
saru[sA.Äu]kata adjektiffikiran yang tidak tenang (kerana memikirkan masalah).Jange usek aku la, aku dok tengoh saru ni.[dZA.NE u.se/ A.ku lA A.ku do/ t«.Nh sA.Äu ni]Jangan kacau sayalah, saya tak tenang ni.
goni[g:.ni]kata namabenda ini, hal ini.Kalu goni aku nok, kalu mugo laeng aku tokse.[kA.lu g:.ni A.ku n/ kA.lu mu.g lAeN A.ku t/.se]Kalau benda ni aku nak, kalau benda lain aku tak nak.
mewo[mE.w]kata adjektifbebal, dungu.Mung ni mewo, aku suroh gi pagi mung gi pete.[muN ni mE.w Aku su.Äoh gi pA.gi muN gi p«.tE]Kamu ni bebal, aku suruh pergi pagi, kamu pergi petang.
reyok[ÄE.j)/]kata adjektiftinggi sebelah, senget, miring.Aku napok kaeng mung reyok bowoh.[A.ku nA.p/ kAeN muN ÄE.j)/ b:.wh]Aku nampak kain kamu senget di sebelah bawah.
   3. berkenaan mata yang kuyu kerana mengantuk.3. Beleh bena mato aku ari nih, bokte tok tido lasung smale. 3. Kuyu sungguh mata aku hari ni, sebab tak tidur langsung malam semalam.
balah[bA.lAh]kata tugaskata yang menunjukkan perbandingan (sesuatu, seseorang), bagai, seperti, macam.Aku tengok muko anok mung balah ore puteh.[]Aku tengok wajah anak kamu seperti muka orang putih.
juwok[dZu.w/]kata adjektifjemu, jelak.Juwok bena aku tengok pranga diyo tu.[dZu.w/ b«.nA A.ku tE.N/ pÄA.NA di.j tu]Jelak sungguh aku tengok perangai dia tu.
sekung[s«.kuN]kata adjektifberkenaan pasangan, ubat-ubatan dan lain-lain yang sepadan, secocok, sesuai, serasi.Aku tengok mung sekung denge Minoh tu.[Aku tE.N/ muN s«.kuN d«.NE mi.nh tu]Saya tengok kamu sepadan dengan Minah tu.
gesek[g:E.sE/]kata namamancis.Ambek gesek tu aku nok iduk api.[Am.be/ g:E.sE/ tu A.ku n/ i.du/ A.pi]Ambil mancis tu, aku nak menyalakan api.
123456

Kembali ke atas