Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lah] | اله

Definisi : kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesu­sah­an tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang me­makai prb tidak apalah mahal sedikit harga­nya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikata­kan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mem­punyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu memper­tahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: surat­an ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menunduk­kan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalah­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lah] | اله

Definisi : sensitif terhadap sesuatu jenis makanan (ubat dll) hingga boleh menimbulkan kesan yg tidak baik pd kesihatan seseorang: ~ terhadap penisilin; alahan perihal alah, keadaan alah, alergi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lah] | اله

Definisi : ; mengalah membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang; alahan 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lah] | اله

Definisi : tidak menang dlm pertandingan, perjudian dsb; kalah; tewas. beralah (suka) mengaku kalah. mengalah 1 berpura-pura alah; dgn sengaja alah: Selama ini, abangnyalah yg selalu ~. 2 tidak mahu mempertahankan haknya, pendiriannya dsb: Dia tidak mahu ~ dlm perdebatan itu. mengalahkan 1 melawan sehingga lawannya alah; menewaskan; menundukkan: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ pasukan bola sepak Thailand 1-0. 2 melebihi yg lain (ttg mutu sesuatu, kepandaian dll); mengatasi: Kepintarannya ~ kepintaran abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lah] | اله

Definisi : sangat sensitif atau tidak tahan terhadap sesuatu bahan (spt ubat, makanan) yg dpt memudaratkan diri tetapi bahan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kpd orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alah

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
alah[A.lAh]kata namaarah sesuatu tempat.Acu mung lenggok alah ke langik, keleh wa aku tu, mucuk naek katah.[A.tSu muN l«N.g/ A.lAh k« lA.Ni/ k«.leh wA A.ku tu :]Cuba kamu dongak ke langit, tengok wau aku tu meluncur ke atas.
ga[g:A:]kata kerjamenerkam.Kaba-kaba rima tu ga alah ko diyo.[kA.bA.kA.bA Äi.mA tu g:A: A.lAh k di.j]Tiba-tiba harimau tu menerkam ke arahnya.
jujok[dZ:u.dZo/]kata adjektifberduyun-duyun.Ore blarok jujok mari alah sini.[.ÄE blA.č/ dZ:u.dZo/ mA.Äi A.lAh s:i.ni]Orang berarak berduyun-duyun datang ke sini.
narak[n:A.ÄA/]kata kerjamerebak ke merata tempat (berkenaan api, penyakit kulit dan lain-lain).Api tu narak alah ko rumoh sebeloh pulok.[A.pi tu n:A.ÄA/ A.lAh k Äu.mh s«.b«.lh pu.l/]Api tu merebak ke rumah sebelah pula.
pekong[p«.kN]kata kerjamembaling sesuatu (seperti batu, kayu dan lain-lain) ke arah hadapan, melontar.Jange dok pekong batu alah ko rumoh ore tu.[dZA.NE do/ p«.kN bA.tu A.lAh k Äu.mh .ÄE tu]Janganlah baling batu ke arah rumah orang.
borak[b:.ÄA/]kata kerjamerebak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain (berkenaan penyakit kulit, luka), menjalar, menular.Kudih hok tumboh kaki diyo tu borak alah ko poho pulok.[ku.dih h/ tum.boh k:A.ki di.j tu b:.ÄA/ A.lAh k p.h Kudis yang tumbuh di kaki dia tu merebak ke bahagian paha pula.

Kembali ke atas