Definisi : 1. mempunyai pengetahuan yg mendalam tentang agama Islam di samping memiliki sifat warak, zuhud, dan takwa: meminta petunjuk dan nasihat mengenai hukum agama drpd orang yg ~; ~ ulama pakar-pakar agama Islam; 2. patuh kpd ajaran agama (Islam) serta rajin beribadat, soleh: ayahnya seorang yg ~; 3. bp sangat baik sifat dan akhlaknya (spt orang alim): nampaknya ~, rupanya orang bangsat; ~-~ kucing pura-pura alim; kealiman 1. perihal (sifat) mengetahui dgn mendalam mengenai agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama); 2. kepatuhan kpd ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat, kesolehan; 3. bp kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)