Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mat] | امت

Definisi : sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu; memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan; teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, meng­awasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis; pengamatan, pengamat-amatan peng­awas­an, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; pengamat pengawas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : benar-benar; sangat: ~ cantik; ~ pandai. keamatan ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elekrik dsb). teramat terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati 1 melihat dgn teliti: Beliau telah ~ gambar itu utk mengetahui yg manakah gambar adiknya. 2 memperhatikan sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengawasi: Pihak polis sedang ~ setiap gerak-geri mereka. pengamatan perbuatan atau hal mengamati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai emak mandul baru beranak.

Bermaksud :

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
besa jreguk[b«.sA dZÄ«.gu/] amat besar.Pokok tengoh pade tu besa jreguk.[p.k/ t«.Nh pA.dE tu b«.sA dZÄ«.gu/]Pokok di tengah padang tu amat besar.
nyengak[ø:«.NA/]kata adjektifkeinginan yang amat sangat kepada sesuatu secara tiba-tiba.Guwano Pok Me nyengak nok gi Mekoh tahong ni.[gu.wA.n p/ mE ø:«.NA/ n/ gi m:«.kh tA.hoN ni]Kenapa Pak Man ingin sangat pergi Mekah tahun ni.
jelak[dZ:«.lA)/]kata adjektifkeinginan yang amat sangat kepada makanan kerana terlalu lapar.Jange dok tunjok jelak gak, kalu gi rumoh ore.[dZA.NE do/ tun.dZo/ dZ:«.lA/ gA/ kA.lu gi Äu.mh .ÄE]Jangan tunjuk lapar sangat, kalau pergi ke rumah orang.
kemesek[k«.mE.sE/]kata adjektifsenang sangat, amat mudah, senang.Bendo kemesek lagu tu pong mung tok leh buwak.[b«n.d k«.mE.sE/ lA.gu tu poN muN t/ leh bu.wA/]Perkara mudah macam tu pun kamu tak boleh buat.
hangik letong[hA.Ni/ l:«.toN] terbakar hingga menjadi hitam, hangus (amat sangat), rentung.Mek Ye baka ubi hangik letong, tok leh make.[mE/ jE bA.kA u.bi hA.Ni/ l:«.toN t/ leh mA.kE]Mek Yam rebus ubi sampai hangus, makan tak boleh.

Kembali ke atas