Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra] | انتارا

Definisi : 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Degar-degar merapati.

Bermaksud :

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kacoh[k:A.tSoh]kata kerjaberkawan antara satu sama lain, bercampur.Mung masok maktak tu, kacohla getek denge ore luwa, jange dok saeng denge ore Kelate jah.[muN mA.so/ mA/.tA/ tu k:A.tSoh.lA gE.tE/ d«.NE .ÄE lu.wA dZA.NE do/ s:AeN d«.NE .ÄE k«.lA.tE dZAh]Kamu belajar di maktab tu, bercampurlah juga dengan orang berkawan dengan orang Kelantan saja.
brembah[bÄ«m.bAh]kata kerjabergelut antara satu sama lain (orang, binatang), bergomol.Muse dok brembah tepi rumoh smale.[mu.sE do/ bÄ«m.bAh t:«.pi Äu.mh smA.lE]Musang bergomol di tepi rumah semalam.
jemok[dZ«.m/]kata kerjaberbincang secara bersemuka antara satu sama lain.Budok lo ni tok jemok kiro dulu denge mok pok, kalu buwak gapo-gapo.[bu.d/ l ni t/ dZ«.m/ ki.č du.lu d«.NE m/ p/ kA.lu bu.wA/ g:A.p.g:A.p]Budak sekarang ni tak berbincang dulu dengan ibu bapa, kalau nak buat sesuatu.
kokcak[k:/.tSA)/]kata kerjamelakukan perhubungan jenis secara tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), berzina.   

Kembali ke atas