Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang] | بارڠ

Definisi : 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
trembe[tÄEm.bE]kata kerjatergantung (barang-barang yang dimasukkan ke dalam plastik).Gapo gak trembe atah basika tu.[g:A.p gA/ tÄEm.bE A.tAh bA.si.kA tu]Apa yang tergantung di atas basikal tu.
lonjok[ln.dZ/]kata namasejenis bekas yang bertingkat-tingkat tempat menaruh barang-barang makanan (bekalan dan lain-lain), mangkuk tingkat, siya.Acu ambek lonjok tu, mok nok buboh laok ni.[A.tSu Am.be/ ln.dZ/ tu m/ n/ bu.boh lAo/ ni]Ambilkan mangkuk tingkat tu, mak nak bubuh lauk ni.
lembe[lEm.bE]kata kerjabersepah-sepah di merata tempat, berselerak; kube, lana.Jange dok lembe gak bare mung tu, tok sedak nengok.[dZA.NE do/ lEm.bE gA/ bA.ÄE muN tu t/ s«.dA/ n:E.N/]Jangan selerakkan barang-barang kamu tu, tak elok dipandang
mugo[mu.g]kata namaganti nama untuk benda, barang, perkara, binatang, orang.   
nungga[n:uN.gA]kata namaharga genap bagi sesuatu barang.Ike ni ambo jua nungga, seria seko.[i.kE ni Am.b dZu.wA n:uN.gA s«.Äi.jA sE.k]Ikan ini saya jual seringgit seekor.
nilek[n:i.le/]kata kerjaberdandan diri (bagi perempuan) dengan pakaian (barang kemas dan lain-lain) supaya kelihatan cantik, berhias.Lamo teh dok nilek, bo bo la.[lA.m tEh do/ n:i.le/ b: b: lA]Sudah lama kamu berhias, sudah-sudahlah tu.
   2. kenderaan tanpa roda yang diikat pada tengkuk lembu atau kerbau untuk membawa barang.Lo ni ore tok guno nuwa kalu nok akok padi.[l: ni .ÄE t/ gu.n n:u.wA kA.lu n/ A.ko/ pA.di]Sekarang ni, orang dah tak guna nuwa lagi kalau nak angkut padi.
gotu[g:o.tu]kata namakata kiasan yang digunakan untuk merujuk pada benda, barang, perkara, binatang, orang.Mok sipe gotu mano?[m/ si.pE g:.tu m:A.n]Mak simpan benda tu di mana?
jembeng[dZEm.bEN]kata kerjamembimbit, menjinjing.Bare ni berak sangak, tulong jembeng sikik.[bA.ÄE ni b«.ÄA/ sA.NA/ tu.loN dZEm.bEN si.ki/]Barang ni berat sangat, tolong bimbit sikit.
baroh[bA.Äoh]kata namasawah.Ore curi tu susuk bare tepi baroh.[.ÄE tS:u.Äi tu su.su/ bA.ÄE t:«.pi bA.Äoh]Pencuri tu menyembunyikan barang di tepi sawah.
12

Kembali ke atas