Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ru] | بارو

Definisi : belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ru] | بارو

Definisi : nama sj pokok berbunga yg seratnya dpt dibuat tali, Hibiscus tiliaceus. ~ gunung nama sj pokok, Hibiscus similis. ~ landak nama sj pokok, Hibiscus mutabilis. ~ laut nama sj pokok Thespisia populnea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sakni[sA/.ni] tidak lama sebelum ini, baru sebentar yang lalu, baru sahaja, tadi.Ambo baru jupo denge diyo sakni.[Am.b bA.Äu dZ:u.p d«.NE di.j sA/.ni]Saya baru sahaja berjumpa dengannya tadi.
jeteh[dZ«.tE)h]kata namatunas pokok.Pokok hok baru tebe tu tumboh jeteh pulok.[p.k/ h/ bA.Äu t:«.bE tu tum.boh dZ«.tE)h pu.l/]Pokok yang baru ditebang tu keluar tunas semula.
uting[u.tiN]kata kerjamembidik.Kito keno uting molek dulu, baru buleh bede.[ki.t k«.n u.tiN m:.lE/ du.lu bA.Äu bu.leh b«.de]Kita kena bidik dulu, baru boleh tembak.
senjoh[s«n.dZh]kata kerjamenarik dengan kuat, menyentak.Senjoh kuwak la baru putuh tali tu.[s«n.dZh k:u.wA/ lA bA.Äu pu.tuh tA.li tu]Sentak dengan kuat, baru putus tali tu.
ende[En.dE]kata kerjamenunjuk -nunjuk.Meta ko beli muto baru gak, nok ende ko ore slalu.[m:«.tA k b«.li mu.to bA.Äu gA/ no/ En.dE k .ÄE slA.lu]Mentang-mentanglah beli motosikal baru, terus nak menunjuk-nunjuk kepada orang.
cetung I[tS«.tuN]kata kerjamemunjutkan sesuatu dengan tali.Cetung dulu guni tu, baru mudoh bowok.[tS«.tuN du.lu g:u.ni tu bA.Äu mu.dh b.w/]Punjut dulu guni tu, baru mudah bawa.
retuh[Ä«.tuh]kata kerjamemetik buah, pucuk, daun dan lain-lain.Jange dok retuh pucuk baru tumboh tu.[dZA.NE do/ Ä«.tuh pu.tSu/ bA.Äu tum.boh tu]Jangan petik pucuk yang baru tumbuh tu.
bolok[b:.l)/]kata kerjaberlumuran dengan sesuatu (melekit dan berair).Kaki Pok Heng bolok denge seluk, pasa diyo baru balek baroh.: :Kaki Pak Him berlumuran selut sebab baru balik dari sawah.
tebe[tE.bE]kata kerjamenunjuk-nunjuk, menayang-nayang.Meta ko beli kreto baru gak, dok tebe sokmo ko ore.[m:«.tA k b«.li kÄE.t bA.Äu gA/ do/ tE.bE s/.m k .ÄE]Mentang-mentanglah beli kereta baru, asyik menunjuk-nunjuk saja depan orang.
lasa[lA.sA]kata adjektifkawasan yang lapang berkenaan rumah, tanah dan lain-lain, luas; laha.Sura hok baru buwak tu, lasa jah.[su.ÄA h/ bA.Äu bu.wA/ tu lA.sA dZAh]Surau yang baru dibina tu lapang saja.
123

Kembali ke atas