Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.suh] | باسوه

Definisi : cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.suh] | باسوه

Definisi : ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basuh

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Licin bagai basuh perahu.

Bermaksud :

Menderita kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bleming[bl«.miN]kata adjektifberkenaan sesuatu yang berminyak dan melekit.Bekah hok blemin tu keno basuh denge sabong, baru cuci.[b«.kAh h/ bl«.miN tu k«.n bA.soh d«.NE sA.boN bA.Äu Bekas yang melekit tu kena basuh dengan sabun, baru bersih.
cepe[tSE.pE]kata namakuali.Tulong basoh cepe ni dulu.[tu.loN bA.soh tSE.pE ni du.lu]Tolong basuh kuali bertangkai ni dulu.
jilah[dZ:i.lAh]kata adjektifbersih daripada segala kekotoran, cuci.Mok basoh pingge sapa jilah.[m/ bA.soh piN.gE sA.pA dZ:i.lAh]Mak basuh pinggan sehingga bersih.
ko’uh[k/.uh]kata adjektifberkenaan makanan, baju dan lain-lain yang berbau hapak.Baju mung ni bau ko’uh, tok rajeng basoh ko?[gi bA.soh gA/ mu.k tu nA.p/ klA.ÄiN dZAh]Pergi basuh muka tu, nampak kotor sahaja.

Kembali ke atas