Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[beng.ka/] | بڠکق

Definisi : 1. benjol pd tubuh (kerana penyakit dll), bincul: ~ tangannya sudah mulai berkurang; 2. menjadi benjol (bincul): mukanya kembang dan ~;~-bengkil bengkak-bengkak, benggal-benggil; ~ hati sebal hati; ~ gedobong Kl bengkak yg besar dan berbahaya; lain ~, lain bernanah prb orang lain yg bersalah orang lain yg menanggung akibatnya;membengkak menjadi bengkak: tanda-tanda penyakit ini ialah rasa mual, sakit punggung, sesak nafas dan kaki ~;membengkakkan menyebabkan (menjadikan) bengkak;pembengkakan perihal (proses dsb) membengkak: penggunaan air ini dapat membantu mengurangkan ~; ~ leher ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[beng.ka/] | بڠکق

Definisi : 1 lebih besar drpd biasa keadaannya kerana menderita sakit (bkn bahagian tubuh): Pipinya ~ kena tumbuk. 2 bahagian tubuh yg menjadi besar kerana penyakit dsb: ~ di pipinya sudah mula berkurang. ~-bengkil banyak bahagian yg bengkak (pd tubuh, kepala dsb). membengkak menjadi bengkak. pembengkakan perihal atau proses menjadi bengkak: ~ pd bahagian yg dijangkiti kuman itu akan berlaku secara perlahan-lahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengkak

Puisi
 

Kalau hendak menangkap labi,
     Lehernya itu jangan dijerut;
Ulat yang menelan babi,
     Cacing pula bengkak perut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ketuk[k:«.tu/]kata adjektifberkenaan mata yang bengkak akibat menangis atau tidur.Demo tido sapa ketuk mato.[dE.m ti.do sA.pA k:«.tu/ mA.t]Kamu tidur sampai bengkak mata.
beco[bE.tS]kata adjektifbengkak dan bernanah pada jari tangan atau kaki.Jari kaki diyo beco pasa cocoh duri.[dZA.Äi kA.ki di.j bE.tS pA.sA tS:.tS)))h du.Äi]Jari kaki dia bengkak dan bernanah kerana tercucuk duri.
bok[b))/]kata adjektifbengkak yang menjadi lebih besar akibat gigitan serangga, jatuh dan lain-lain.Muko budok tu bekok bok keno pakoh tebuwe.[mu.k bu.d/ tu b«.k/ b))/ k«.n pA.kh t«.bu.wE]Muka budak tu sangat bengkak kerana disengat tebuan.
bekok cobong[b«.k/ tS:.bN] berkenaan bengkak dalam keadaan membesar secara luar biasa; bekok mecong.Muko Mae bekok cobong keno sengak ko tebuwe.[mu.k mA.E b«.k/ tS:.bN k«.n s«.NA/ k t«.bu.wE]Muka Mail menjadi bengkak kerana disengat tebuan.
bekok mecong[b«.k/ m:E.tSN] berkenaan bengkak dalam keadaan membesar secara luar biasa; bekok cobong.Muko Ali bekok mecong keno pakoh ko tebuwe.[mu.k A.li b«.k/ m:E.tSN k«.n pA.kh k t«.bu.wE]Muka Ali jadi sangat bengkak sebab disengat oleh tebuan.
brokbč)/]kata adjektifbengkak pada muka akibat banyak tidur atau sakit, sembab.Mung ni tido sokmo, pasa tu muko mung brok.[muN ni ti.do s/.m pA.sA tu mu.k muN bč)/]Kamu ni selalu tidur, sebab tu lah muka kamu sembab.
glehoh[glE.hh]kata namatersalah urat, terseliuh, tergeliat.Kaki diyo bekok, pasa glehoh mareng.[kA.ki di.j b«.k/ pA.sA glE.hh m:A.ÄeN]Kaki dia bengkak kerana tersalah urat semalam.
kekoh[k«.kh]kata kerjamenggigit (dgn membuka mulut lebar-lebar dan mengatupnya).Jari Pok Sen bekok keno kekoh monyek.[dZA.Äi p/ seN b«.k/ k«.n k«.kh m.øE/]Jari Pak Sin bengkak kerana digigit monyet.
pakoh[pA.kh]kata kerjamenikam dengan sengat (berkenaan tebuan, lebah, penyengat).Muko Mae bekok mecong nyo pakoh ko tebuwe.[mu.k mA.E) b«.k/ m:E.tSN ø pA.kh k t«.bu.wE]Muka Mamat menjadi bengkak kerana disengat tebuan.

Kembali ke atas