Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Nasi sejuk dihurung semut,
     Bawa gonggong meniti petang;
Berasa sejuk kutarik selimut,
     Baru kutahu badan seorang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berjumpa dengan putih,
     terlesi sangat.

Bermaksud :

Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. lesi (lesih) = terlalu putih.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mirok[mi.Äo/]kata adjektifgentar menghadapi sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri, berasa gerun, takut.Demo tok mirok ko, jale tengoh male sore.[dE.m t/ mi.Äo/ k dZ:A.lE t«.Nh mA.lE s:.ÄE]Kamu tak berasa gerunkah, berjalan pada waktu malam berseorangan.
lapa peda[lA.pA p«.dA] berasa hendak makan (kerana perut kosong), lapar perut.Nanok cepak sikik gak, aku lapa peda ni.[n:A.n/ tS:«.pA/ si.ki/ gA/ A.ku lA.pA p«.dA ni]Masak nasi cepat sikit, aku lapar perut ni.
so’oh[s/.oh]kata adjektifberkenaan seseorang yang berasa panas disebabkan oleh cuaca atau berpakaian tebal.So’oh eh raso paka baju ni.[s/.oh eh ÄA.s pA.kA bA.dZu ni]Panasnya rasa pakai baju ini.
kenaleng[k«.nA.leN]kata adjektiftakut, bimbang dan lain-lain, menggeletar, berasa gentar.Mung jange dok kenaleng sangak kalu gi temu dugo.[muN dZA.NE do/ k«.nA.leN sA.NA/ kA.lu gi t«.mu du.g]Kamu jangan rasa gementar sangat kalau menghadiri temu duga.

Kembali ke atas