Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.ru] | بربورو

Definisi : mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.ru] | بربورو

Definisi : mengejar atau mencari binatang di hutan (sbg pekerjaan): Mereka ~ rusa utk mengambil tanduknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berburu

Puisi
 

Anjing angkat anjing berburu,
     Anjing berburu di luar kota;
Lagi tak dapat lagi dituju,
     Hendak menyapu arang di muka.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jeremo[dZ«.Ä«.m]kata kerjaterserempak.Kawe jeremo denge rima dale ute, maso gi buru menggu lepah.[kA.wE dZ«.Ä«.m d«.NE Äi.mA dA.lE u.tE mA.s gi b:u.Äu mEN.gu l«.pAh]Saya terserempak dengan harimau semasa berburu di hutan minggu lepas.
juwok[dZ:u.w/]kata kerjaterserempak; jeremo.Kawe juwok denge rima dale ute, maso gi buru menggu lepah.[kA.wE dZ:u.w/ d«.NE Äi.mA dA.lE u.tE mA.s gi b:u.Äu mEN.gu l«.pAh]Saya terserempak dengan harimau di hutan semasa berburu minggu lepas.

Kembali ke atas