Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercampur

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bercampur dengan orang pemaling,
     sekurang-kurangnya jadi pencecak.

Bermaksud :

Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan orang yang peramah kerana suka bercampur, bergaul, bercakap dan lain-lain.Budok tu mudoh ore kena, pasa mulok lacak.[bu.d/ tu mu.dh .ÄE k«.nA pA.sA mu.lo/ lA.tSA/]Budak tu mudah orang kenal kerana peramah.
krutuk[kÄu.tu/]kata namasejenis masakan daripada daging/ayam yang bercampur rempah dan dimasak dengan santan sehingga pekat.   
kacoh[k:A.tSoh]kata kerjaberkawan antara satu sama lain, bercampur.Mung masok maktak tu, kacohla getek denge ore luwa, jange dok saeng denge ore Kelate jah.[muN mA.so/ mA/.tA/ tu k:A.tSoh.lA gE.tE/ d«.NE .ÄE lu.wA dZA.NE do/ s:AeN d«.NE .ÄE k«.lA.tE dZAh]Kamu belajar di maktab tu, bercampurlah juga dengan orang berkawan dengan orang Kelantan saja.

Kembali ke atas