Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lolo[l:.l]kata adjektifnyaris berlaku sesuatu, hampir, dekat.Diyo nok jatoh lolo doh, mujo aku tarek.[di.j n/ dZA.toh l:.l dh mu.dZo A.ku tA.Äe/]Dia nyaris nak jatuh, mujurlah saya menariknya.
lok[l/]kata kerjatidak peduli apa yang berlaku, membiarkan.Ore tu dok lok anok diyo maeng tengoh jale, pasa tu nyo tepoh lori.[.ÄE tu do/ l/ A.n/ di.j m:AeN t«.Nh dZA.lE pA.sA tu ø t«.poh l.Äi]Orang tu membiarkan anaknya bermain di jalan raya, sebab itulah anaknya dilanggar lori.
labok[lA.bo/]kata namakebiasaan (kerap kali berlaku atau selalu terjadi), kelaziman.Kalu ikok labok ore sini, bilo buleh ore baru, kito keno buwak bekwoh cuko budok.[kA.lu i.ko/ lA.bo/ .ÄE s:i.ni bi.l bu.leh .ÄE bA.Äu ki.t k«.n bu.wA/ b:E/.wh tS:u.ko bu.d/]Kalau ikut kelaziman orang di sini, apabila mendapat cahaya mata, kita kena adakan majlis kenduri bercukur bayi.
jemerok[dZ«.m«.Äo/]kata adjektifberkenaan peristiwa atau kejadian yang berlaku serentak.Ari bekwoh ambo jemerok denge ari bekwoh demo.[A.Äi b:E/.wh Am.b dZ«.m«.Äo/ d«.NE A.Äi b:E/.wh dE.m]Hari kenduri saya serentak dengan hari kenduri awak.
cendeng[tS:«n.deN]kata kerjarintangan semasa melakukan sesuatu pekerjaan atau majlis, halangan.Maso diyo bekwoh nikoh anok diyo menggu lepah, banyok bena cendeng hok jadi.[mA.s di.j b:E/.wh n:i.kh A.n/ di.j mEN.gu l«.pAh bA.ø/ b«.nA tS:«n.deN h/ dZ:A.di]Semasa dia mengadakan kenduri kahwin anak dia minggu lepas, banyak sangat halangan yang berlaku.

Kembali ke atas