Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : berharap kpd pertolongan orang utk hidup atau utk maju dsb: Mereka terlalu benar ~ pd bantuan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersandar

Puisi
 

Lentik sungguh pipi kijang,
     Anak rusa minum di mangkuk;
Adik kecil dadanya bidang,
     Tempat abang bersandar mabuk.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersandar di batang rengas,
     gatallah badan.

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
seneh[sE.nEh]kata kerjabersandar.Jange dok seneh sini gak, aku panah ni.[dZA.NE do/ sE.nEh s:i.ni gA/ A.ku pA.nAh ni]Jangan bersandar di sini, aku panas ni.
nyendeh[ø:En.dEh]kata kerjaduduk dalam keadaan menyandar (pada sesuatu).Jange dok nyendeh ko ore gak, panah-panah ni.[dZA.NE do/ øEn.dEh k .ÄE gA/ pA.nAh.pA.nAh ni]Janganlah bersandar pada saya, panas-panas begini.

Kembali ke atas