Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Pergi sekolah berulang-ulang,
     Budak-budak belajar memanah;
Lain biduk lain digalang,
     Lain yang bengkak lain yang menanah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyek-nyek[øE/.øE/]kata adjektifberkenaan pergerakan berulang yang agak lambat.Ore tuo tu nyek-nyek jale nok gi keda.[.ÄE tu.w tu øE/.øE/ dZ:A.lE n/ gi k:«.dA]Orang tua tu berjalan lambat-lambat pergi kedai.
tibe[ti.bE]kata kerjamemukul dengan kuat dan berulang kali.Ayoh tibe Mamak sapa bilo blake pasa poteng skoloh.[A.jh ti.bE mA.mA/ sA.pA b:i.lo blA.kE pA.sA p.teN sklh]Ayah memukul Mamat sampai lebam-lebam belakangnya kerana ponteng sekolah.
parok II[pA.č/]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti wang, minyak dan lain-lain yang terlalu banyak penggunaannya dan cepat habis.Parok minyok kreto, kalu dok brule alek lagu ni.[pA.č/ mi.ø/ kÄE.t kA.lu do/ bÄu.lE A.le/ lA.gu ni]Banyak guna minyak kereta, kalau selalu berulang-alik macam ni.

Kembali ke atas