Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.run.ding] | برونديڠ

Definisi : 1. bercakap-cakap (tentang se­suatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang se­suatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.run.ding] | برونديڠ

Definisi : berbicara ttg sesuatu hal dgn sungguh-sungguh; berbincang: Mereka sedang ~ hendak menamatkan peperangan di Vietnam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runding
Kata Terbitan : berunding, merundingkan, rundingan, perundingan, perunding,

Puisi
 

Jika puan betul nareka,
     Tareka saya kain kasa;
Jika tuan benar suka,
     Pulang berunding dengan ibu bapa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Habis beralur maka beralu-alu.

Bermaksud :

Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
setok orak[s:«.to/ .ÄA/] seseorang yang susah dibawa berunding.Kalu lagu ni, kito keno gi royak sdiri ko Poksu Heng, kalu tidok diyo setok orak.[kA.lu lA.gu ni ki.t k«.n gi č.jA/ sdi.Äi k p/.su heN kA.lu ti.d/ di.j s:«.to/ .ÄA/]Dalam hal ini, kita perlu perjelaskan sendiri kepada Paksu Him, kalau tidak susah dia hendak dibawa berunding.
payoh baso[pA.jh b:A.s] susah untuk dibuat kira bicara dan berunding, susah untuk melakukan sesuatu kerja yang disuruh.Tok soh dok suroh diyo buwak gapo la, budok tu payoh baso.[t/ sh do/ su.Äoh di.j bu.wA/ g:A.p lA bu.d/ tu pA.jh b: A.s]Tak usahlah kamu menyuruhnya buat sesuatu, budak tu susah untuk dibuat kira bicara.

Kembali ke atas