Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.war.na] | برورنا

Definisi : 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.war.na] | برورنا

Definisi : mempunyai warna: Kain langsir rumahnya ~ kuning. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berwarna

Peribahasa

Bertelau-telau seperti panas di belukar.

Bermaksud :

Perintah yang tidak sama atau tidak tetap. telau = belang yang berwarna lebih muda.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lado bena[lA.d b«.nA] sejenis tumbuhan herba (berwarna hitam dan pedas), lada hitam.   
nekbak[nE/.bA/]kata namasejenis kuih berbentuk bulat leper berwarna kuning dibuat daripada tepung gandum dan kuning telur itik. Cara memakannya ialah dengan memasukkan nekbat ke dalam air gula yang mendidih sehingga menjadi kembang.   
locong I[l.tSN]kata namasejenis minuman sejuk yang terdiri daripada campuran isi berwarna hijau (dibuat daripada tepung beras dan air pandan) dicampur dengan santan dan air gula melaka, cendol.   

Kembali ke atas