Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1. bunyi yg memekakkan telinga, riuh, hingar: ~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar; walaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang; 2. pekak telinga (kerana riuh dll): ~ telingaku;membising berbunyi bising: dr rumah kedengaran bunyi gelak ~; membisingi menyebabkan bising pd seseorang: bapanya selalu ~ ibunya;membisingkan menyebabkan bising; kebisingan perihal bising. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1 suara atau bunyi yg menyebabkan tidak dpt mendengar dgn jelas: Kita tidak boleh berbuat ~ di perpustakaan. 2 berasa seakan-akan pekak kerana mendengar bunyi yg riub-rendah: ~ telingaku mendengar pekikanmu tadi. membising membuat bising; berbunyi bising. membisingkan menyebabkan bising. kebisingan keadaan bising; keriuhan: ~ yg dibuat oleh orang yg merayakan sesuatu perayaan itu dpt mengganggu tetangga dan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bising

Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gege[gE.gE]kata adjektifbunyi bising yang memekakkan telinga.Jange dok gege gak tiko cekgu ngaja.[dZA.NE do/ gE.gE gA/ t:i.k tSE/.gu N:A.dZA]Jangan buat bising semasa guru mengajar.
gerek[gE.ÄE/]kata nama1.      sejenis burung yang sentiasa berbunyi bising (burung layang-layang). 2. emas tiruan.Tok praeh lek siye paka gerek penuh lenge.[to/ pÄAeh le/ si.je pA.kA gE.ÄE/ p«.nuh l«.NE]Peraih dari Thailand memakai emas tiruan penuh lengan.
turik[tu.Äi/]kata adjektiftuli sekejap kerana terdengar bunyi atau suara nyaring atau terlalu bising, bingit.Turik tlingo aku mung naong kuwak tlajok.[tu.Äi/ tli.N A.ku muN n:AoN ku.wA/ tlA.dZ/]Bingit telinga aku, kamu menjerit kuat sangat.
kecek[k:E.tSE/]kata kerjabercakap.Dok kecek gapo gak, gege tu.[do/ k:E.tSE/ g:A.p gA/ gE.gE tu]Sedang bercakap apa, bising saja tu.
glewak[glE.wA)/]kata kerjamengganggu orang lain yang sedang membuat sesuatu, menyibuk; glabuk.Jange dok glewak gak tepak ore dok wak krijo ni.[dZA.NE do/ glE.wA)/ gA/ t«.pA/ .ÄE d/ wA/ kÄi.dZ ni]Jangan buat bising di tempat orang buat kerja ni.

Kembali ke atas