srekak | [sī.kA/] | kata nama | pengait daripada buluh yang bahagian hujungnya dibentukkan seperti sangkar untuk mengambil buah (seperti buah cermai, duku dan lain-lain) supaya buah tidak jatuh ke tanah. | Kakok kaek buwoh crema guno srekak. | [kA.k/ kAe/ bu.wh tSī.mA gu.n sī.kA/] | Kakak mengait buah cermai dengan menggunakan serekak. |
sekok | [s«.k/] | kata kerja | mengait buah-buahan (seperti buah cermai, duku dan lain-lain) dengan menggunakan pengait yang bahagian hujungnya dibentukkan seperti sangkar supaya buah tidak jatuh ke tanah. | Gi sekok gak buoh duku pohong, ayoh nok make. | [gi s«.k/ gA/ bu.wh du.ku p.hoN A.jh n/ mA.kE] | Tolong kaitkan buah duku di atas pokok, ayah nak makan. |
jeboh | [dZ:E.bh] | kata adjektif | berkenaan buah rambutan yang terlalu banyak. | Buwoh mokte tu sambe, pasa piye jeboh. | [bu.wh m/.te tu sAm.be pA.sA pi.jE dZ:E.bh] | Buah rambutan tu menjadi buruk kerana musim ini terlalu banyak buah. |
berak | [b:«.ÄA/] | kata adjektif | berkenaan buah dalam keadaan mula hendak masak. | Buoh mokte blake rumoh tu, berak doh. | [:] | Buah rambutan belakang rumah tu dah mula masak. |
ba | [bA] | kata nama | buah pinang yang digunakan untuk diletakkan tali pada hidung lembu atau kerbau supaya tidak tercabut. | Ba hok ayoh buboh kak idong lembu tu, pecoh doh. | ] | Buah pinang yang ayah pasang pada hidung lembu tu, pecah dah. |
kecuk beruk | [k«.tSu/ b«.Äu/] | | berkenaan kulit tubuh, buah dan lain-lain yang kecut. | Buwoh paoh tu kecuk beruk srupo terong baka. | [bu.wh pAoh tu k«.tSu/ b«.Äu/ sÄu.p t«.ÄoN bA.kA] | Buah mempelam tu terlalu kecut seperti terung bakar. |
dekoh | [d:«.k)h] | kata adjektif | berkenaan putik buah dalam keadaan terlalu muda. | Buoh jambu putik dekoh lagu tu pong mung ambek. | [bu.wh dZAm.bu pu.ti/ d:«.k)h lA.gu tu poN muN Am.be/] | Buah jambu yang masih putik macam tu pun kamu ambil. |
renggeh | [ÄEN.gEh] | kata adjektif | berkenaan sesuatu seperti buah di atas pokok yang tinggal sedikit sahaja. | Buwoh mokte tu renggeh doh nyo pelah budok. | [bu.wh m/.tE tu ÄEN.gEh dh ø p«.lAh b:u.d/] | Buah rambutan tu sudah tinggal sedikit kerana dicuri oleh budak-budak. |
deke | [dE.kE] | kata adjektif | berkenaan buah dalam keadaan tidak berisi penuh, tidak elok. | Tahong ni buoh mokte deke, pasa masok museng kemara. | [tA.hoN ni bu.wh m/.tE dE.kE pA.sA mA.s/ mu.seN k«.mA.ÄA] | Tahun ini buah rambutan tak berisi penuh, kerana masak musim kemarau. |
pelah | [p«.lAh] | kata kerja | mengambil kepunyaan orang tanpa kebenarannya (berkenaan buah dan lain-lain), mencuri. | Budok-budok tu dok pelah buoh mokte Cek Moh. | [bu.d/.bu.d/ tu do/ p«.lAh bu.wh m/.tE tSE/ mh] | Budak-budak tu sedang mencuri buah rambutan Cik Mah. |