Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kit] | بوکيت

Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : ; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput kuran (keladi) Fimbristylis miliacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : bahagian bumi yg tinggi tetapi tidak mencapai 1,000 kaki tingginya: ~ bukau bukit dan lembah. berbukit ada bukitnya. berbukit-bukit banyak bukitnya; banyak bukit dan lembahnya. membukit menjadi spt bukit. perbukitan kawasan yg berbukit-bukit; kumpulan bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit

Puisi
 

Orang Lengging membuat rakit,
     Rakit dibuat kayu nyatuh;
Biarlah anjing menyalak bukit,
     Bukit tetap tidakkan runtuh.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit sama didaki,
     lurah sama dituruni.

Bermaksud :

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ca II[tS:A]kata kerjaterpancut.Ae bukek tu ca tubek kok celoh-celoh batu.[Ae bu.ke/ tu tS:A) tu.be/ ko/ tS«.lh.tS«.lh bA.tu]Air bukit tu terpancut keluar daripada celah-celah batu.
potek[p:.tE)/]kata namakedudukan yang paling tinggi dan jelas, puncak.Takdi ambo tengok rima aka dok potek bukek tu.[tA/.di Am.b tE.N/ Äi.mA A.kA do/ p:.tE)/ bu.ke/ tu]Tadi saya tengok harimau akar di puncak bukit tu.
glekok[glE.k)/]kata adjektifberkenaan jalan, anak sungai dan lain-lain yang bengkang-bengkok, tidak lurus.Jale tepi bukek tu glekok srupo ula keno palu.[dZA.lE t:«.pi bu.ke/ tu glE.k)/ sÄu.p u.lA k«.n pA.lu]Jalan di tepi bukit tu bengkang-bengkok seperti ular kena palu.

Kembali ke atas