Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu I

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dera[d:«.ÄA)]kata kerjaberdiri bulu roma, meremang.Dera bulu romo kalu lalu kok kubo tu sore.[d:«.ÄA) bu.lu č.m kA.lu lA.lu ko/ ku.bo tu s:.ÄE]Meremang bulu roma kalau lalu di kubur tu berseorangan.
gledek[gl«.dE/]kata adjektifberkenaan bulu mata yang melentik.Gledek molek bulu mato mung.[gl«.dE/ m.lE/ bu.lu mA.t muN]Lentik sungguh bulu mata kamu.
behe I[b:E.he]kata namabintat-bintat pada kulit akibat terkena sesuatu yang berbisa, bedan.Tuboh budok tu abih behe keno ulak bulu.[tu.boh bu.d/ tu A.bih b:E.he k«.n u.lA/ bu.lu]Badan budak tu penuh bintat kerana terkena ulat bulu.
jebeng[dZ«.beN]kata namabulu yang tumbuh pada pipi di depan telinga, jambang.Jebeng Pok Ali lebak sungguh, pasa tu budok- budok takok ko diyo.[dZ«.beN p/ A.li l«.bA/ suN.guh pA.sA tu bu.d/.bu.d/ tA.ko/ k di.j]Jambang Pak Ali lebat sungguh, sebab tulah ramai budak takut padanya.
   2. perasaan takut dan seram (berada di tempat gelap atau sunyi).Bilo ambo tahu bilek ambo tu bratu, braso ra diri bulu tekok.[bi.l Am.b tA.hu bi.le/ Am.b tu bÄA.tu bÄA.s ÄA) d:i.Äi bu.lu t«.k/]Apabila saya tahu bahawa bilik saya tu berhantu, saya rasa seram dan berdiri bulu tengkok.

Kembali ke atas