Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ri] | چوري

Definisi : ; berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja); maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri; curi-curi (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing; mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); curian barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri; kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; pencurian perihal (perbuatan) mencuri; pencuri orang yg mencuri, maling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri] | چوري

Definisi : ; mencuri 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curi

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rok I[č/]kata namabelukar.Ore curi tu nusuk dale rok.[.ÄE tS:u.Äi tu n:u.su/ dA.lE č/]Pencuri tu bersembunyi dalam belukar.
baroh[bA.Äoh]kata namasawah.Ore curi tu susuk bare tepi baroh.[.ÄE tS:u.Äi tu su.su/ bA.ÄE t:«.pi bA.Äoh]Pencuri tu menyembunyikan barang di tepi sawah.
nusuk[n:u.su/]kata kerjabersembunyi.Ore curi tu nusuk dale rok.[.ÄE tS:u.Äi tu n:u.su/ dA.lE č/]Pencuri tu bersembunyi dalam belukar.
la[lA)]kata kerjamenerangi dengan cahaya lampu, menyuluh.Ore curi tu lari pasa ayoh la denge lapu pecek.[.ÄE tS:u.Äi tu lA.Äi pA.sA A.jh lA) d«.NE lA.pu pE.tSE)/]Pencuri tu lari kerana ayah menyuluh dengan lampu picit.
selebele[sE.lE.bE.lE]kata adjektifberkenaan sesuatu yang diletak merata tempat, tidak teratur, kucar-kacir, tidak tentu hala.Jange dok letok gak pitih selebele lagu ni, keno curi ke.[dZA.NE do/ l«.t/ gA/ pi.tih sE.lE.bE.lE lA.gu ni k«.n dZu.Äi kE]Jangan letakkan wang di merata tempat macam ini, nanti kena curi.
krejong[kÄ«.dZoN]kata kerjamemegang supaya tidak lari, memberkas, mengikat (bergerak dsb).Ore curi tu tok leh lari doh pasa keno krejong ko tuwe rumoh.[.ÄE tS:u.Äi tu t/ leh lA.Äi dh pA.sA k«.n kÄ«.dZoN k tu.wE Äu.mh].Pencuri tu sudah tidak boleh lari kerana diberkas oleh tuan rumah.
grapok[gÄA.p/]kata kerjalari yang lintang pukang dalam keadaan riuh-rendah.Ore curi tu hungga grapok lari tubek.[.ÄE tS:u.Äi tu huN.gA gÄA.p/ lA.Äi tu.be/]Pencuri tu lari lintang-pukang keluar rumah.
ca I[tS:A]kata namakawasan tanah rendah tempat menakung air kotor, limbah.Ore curi tu glecoh masuk dale ca maso diyo lari.[.ÄE tS:u.Äi tu glE.tSh mA.so/ dA.lE tS:A mA.s di.j lA.Äi]Pencuri tu tergelincir masuk dalam limbah semasa dia lari.
baloh[bA.loh]kata namarumah kecil yang dibuat khusus untuk menyimpan padi, kepuk.Padi baloh tu abih licing keno curi kok re.[pA.di b:A.loh tu A.bih li.tSiN k«.n tSu.Äi k/. ÄE]Padi di dalam kepok tu habis dicuri orang.
tlajok[tlA.dZ/]kata adjektifberkenaan perangai, tingkah laku dan lain-lain yang melampau, sangat.Budok tu gak jahak tlajok, abih bare ore diyo curi.[bu.d/ tu gA/ dZA.hA/ tlA.dZ/ A.bih bA.ÄE .ÄE di.j tSu.Äi]Budak tu terlampau jahat, semua barang orang dicurinya.

Kembali ke atas