Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
turuk[tu.Äu/]kata kerjamenyuruh seseorang datang atau balik melalui seseorang yang lain.Acu gi turuk ayoh pade tu, ado ore mari ni.[A.tSu gi tu.Äu/ A.jh p:A.dE tu A.d .ÄE mA.Äi ni]Tolong panggilkan ayah di bendang tu, ada tetamu datang ni.
nyetok[ø:E.t/]kata namasejenis penyakit yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang dan lain-lain.Mok Teh tok leh nok wak gapo ari ni, pasa nyetok orak pagi takdi.[m/ teh t/ leh n/ wA/ g:A.p A.Äi ni pA.sA ø:E.t/ .ÄA/ pA.gi ttA/.di]Mak Teh tak dapat melakukan sesuatu hari ni, kerana tersalah urat pagi tadi.
jah[dZAh]kata tugassahaja, cuma, hanya.Ambo mari sore jah.[Am.b mA.Äi s.ÄE dZAh]Saya datang seorang sahaja.
sayuk[sA.ju/]kata adjektiflambat.Sayuk nyo mung mari pejabak ari ni.[sA.ju/ ø muN mA.Äi p«.jA.bA/ A.Äi ni]Lambatnya kamu datang ke pejabat hari ini.
jujok[dZ:u.dZo/]kata adjektifberduyun-duyun.Ore blarok jujok mari alah sini.[.ÄE blA.č/ dZ:u.dZo/ mA.Äi A.lAh s:i.ni]Orang berarak berduyun-duyun datang ke sini.
kemerak[k«.m«.ÄA/]kata adjektifkehabisan ubat.Lepah kemerak ubak, sakek mok ambo mari semula.[l«.pAh k«.m«.ÄA/ u.bA/ sA.ke/ m/ Am.b mA.Äi s«.mu.lA]Selepas kehabisan ubat, sakit emak saya datang semula.
kelo[k«.lo]kata kerjamemanggil.Acu kelo anok ambo tu, suroh diyo mari sini.[A.tSu k«.lo A.n/ Am.b tu su.Äoh di.j mA.Äi s:i.ni]Tolong panggil anak saya tu, suruh dia datang ke sini.
cek[tSe/]kata namapanggilan untuk ayah atau emak.Acu turut cek mung pade, ado ore mari ni.[A.tSu tu.Äu/ tSe/ muN p:A.dE A.d .ÄE mA.Äi ni]Tolong panggilkan ayah kamu di bendang, ada tetamu datang.
pade[p:A.dE]kata namakawasan untuk tanaman.Acu gi turuk ayoh pade tu, ado ore mari ni.[A.tSu gi tu.Äu/ A.jh p:A.dE tu A.d .ÄE mA.Äi ni]Tolong panggil ayah di bendang tu, ada tetamu datang ni.
beleh[bE.lE)h]kata adjektif1. berkenaan orang, haiwan dan tumbuhan yang kecil dan kurus.1. Budok hok beleh dale kelah tu mari lambak sokmo.[bu.d/ h/ bE.lE)h dA.lE k«.lAh tu mA.Äi lAm.bA/ s/.m]1. Budak yang kurus di dalam kelas tu selalu datang lambat.

Kembali ke atas