Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gil] | دݢيل

Definisi : (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu: budak itu memang degil, makin dilarang makin lagi dibuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.gil] | دݢيل

Definisi : tidak mahu menurut kata atau tidak mahu menerima nasihat; keras kepala: Budak itu ~ betul, apa kata ibunya sedikit pun tak diendahkannya. berdegil enggan menurut perintah, nasihat, tegahan dll: Jangan ~ lagi, lekas buat apa yg disuruh oleh guru itu. kedegilan keadaan atau sifat degil; ketegaran: Oleh sebab ~nyalah, maka dia tidak dipedulikan oleh gurunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degil

Peribahasa

Bangsar balur liat.

Bermaksud :

Orang yang degil. balur = kulit keras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
te[tE]kata kerjamemukul.Ayoh te abe pasa diyo tolo.[A.jh tE A.bE pA.sA di.j t.lo]Ayah memukul abang kerana dia degil.
haliye[hA.li.jE)]kata namaorang yang mengepalai kumpulan orang jahat, ketua samseng.Mung ni nok jadi haliye ko di skoloh, tolo tlajok ni.[muN ni n/ dZ:A.di hA.li.jE) k di sk.lh t.lo tlA.dZ/ ni]Kamu ni nak jadi ketua samsengkah di sekolah, degil sangat ni.

Kembali ke atas