Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nja[ndZA]kata kerjamemijak sesuatu (dengan kuat) dengan sebelah kaki, menghentak.Budok ni tolo do’oh, aku nja tepok ke.[bu.d/ ni t.lo d:/.h A.ku ndZA tE.p/ kE]Budak ini nakal sangat, aku pijak tempang nanti.
jerehek[dZ«.ÄE.hE/]kata kerjamenjawab dengan kasar, menengking.Jawab molek gak, jange dok jerehek gitu.[dZA.wA/ m:.lE/ gA/ dZA.NE do/ dZ«.ÄE.hE/ g:i.tu]Jawab dengan elok, jangan menengking begitu.
lari clubu[lA.Äi tSlu.bu] lari dengan pantas (kerana dikejar sesuatu).Mae lari clubu keno ambak ko anying.[mA.E lA.Äi tSlu.bu k«.n Am.bA/ k A.øiN]Mail berlari dengan pantas kerana dikejar anjing.
senjoh[s«n.dZh]kata kerjamenarik dengan kuat, menyentak.Senjoh kuwak la baru putuh tali tu.[s«n.dZh k:u.wA/ lA bA.Äu pu.tuh tA.li tu]Sentak dengan kuat, baru putus tali tu.
brepah[bÄ«.pAh]kata kerjaberenggang (berkenaan emak dengan anak), berpisah.Adek tok leh berepah lasong denge mok.[A.de/ t/ leh bÄ«.pAh lA.soN d«.NE m/]Adik tak boleh berpisah langsung dengan emak.
jeluwah[dZ«.lu.wAh]kata kerjabergelumang dengan seperti lumpur, debu, darah dan lain-lain, berlumuran.Kaki diyo jeluwah denge seluk ite.[kA.ki di.j dZ«.lu.wAh d«.NE s«.lu/ i.tE]Kakinya berlumuran dengan selut hitam.
samo sendak[sA.m s«n.dA/] berkenaan dengan pakaian yang bersesuaian, berpadanan.Baju ni samo sendak doh denge mung.[bA.dZu ni sA.m s«n.dA/ dh d«.NE muN]Baju ni dah sesuai dengan kamu.
klebek[klE.bE/]kata kerja1. membuka tutupan atau lipatan dengan tangan.Jange dok klebek mulok tu, udoh nengok.[dZA.NE do/ klE.bE/ mu.lo/ tu u.doh n:E.N/]Jangan buka mulut dengan tangan tu, tak elok dipandang.
honyoh[h.øh]kata kerjamemberi sesuatu dengan cara yang tidak sopan atau kasar.Buwi molek gak, jange dok honyoh gitu.[bu.wi m:.lE/ gA/ dZA.NE do/ h.øh g:i.tu]Berilah dengan sopan sikit, jangan kasar begitu.
be dengabE) d«.NA] mendengar dengan teliti dan berhati-hati (secara rahsia).Acu be denga ore dok kecek bowoh rumoh.[A.tSu bE) d«.NA .ÄE d/ k:E.tSE/ b:.wh Äu.mh]Cuba dengar dengan teliti orang bercakap di bawah rumah.
12345678910...

Kembali ke atas