Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuat

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tak boleh dibuat anak tenggiri;
     Anak orang,
orang juga,
     Tak boleh dibuat anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(18)

484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
payoh baso[pA.jh b:A.s] susah untuk dibuat kira bicara dan berunding, susah untuk melakukan sesuatu kerja yang disuruh.Tok soh dok suroh diyo buwak gapo la, budok tu payoh baso.[t/ sh do/ su.Äoh di.j bu.wA/ g:A.p lA bu.d/ tu pA.jh b: A.s]Tak usahlah kamu menyuruhnya buat sesuatu, budak tu susah untuk dibuat kira bicara.
cagok[tSA.g/]kata namapengandar (dibuat daripada buluh) untuk mengangkut rumput dan hasil pertanian.Pok Leh ngakok gema padi denge cagok wak naek batah.[p/ leh N:A.ko/ g«.mA pA.di d«.NE tSA.g/ wA/ nAE/ :]Pak Saleh mengangkut gemal padi dengan cagak untuk dibawa naik ke atas permatang.
karok[kA.č/]kata namasuluh yang dibuat daripada daun nyiur yang kering, jamung, andang.Drektuh, ore jale male keno bowok karok, pasa lapu pecek tak dok.[dÄE/.tuh .ÄE dZ:A.lE mA.lE k«.n b.w/ kA.č/ pA.sA lA.pu pE.tSE/ tA/ d/]Zaman dulu, orang berjalan malam kena bawa andang kerana tak ada lampu suluh.
kambu[kAm.bu]kata namatepung yang dibuat daripada beras goreng untuk ditabur pada kuih tertentu agar berbau wangi dan enak rasanya.   
colek[tS:.lE/]kata namasambal cair dibuat daripada campuran cuka, lada, garam dan gula untuk dimakan bersama keropok atau buah-buahan.bertungkus-lumus.   
sema[sE.mA]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada gula dan tepung gandum.   
lokcing[l/.tSiN]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada ikan yang dibentuk menjadi kecil dan dicucuk pada lidi, sate ikan.   
lakse[lA/.sE]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras, dikukus dalam bentuk leper dan dipotong seperti kuetiau, dimakan bersama kuah lemak, hirisan bunga kantan, daun kesom dan sambal lada.   
ladu[lA.du]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, lada hitam dan gula.   
jalo mah[dZA.l mAh] sejenis kuih yang dibuat daripada telur kuning dan gula.   
123

Kembali ke atas