Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperbuat

Peribahasa

Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang,
     jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.

Bermaksud :

Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
poli[p.li]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada ubi kayu yang diparut dan dikukus, kemudian disalut dengan kelapa parut dan dimakan bersama air gula melaka.   
jok[dZ/]kata namasejenis raga besar yang diperbuat daripada buluh atau rotan.Mok buboh buwoh duku dale jok, pasa nok gi juwa keda.[m/ bu.boh bu.wh du.ku dA.lE dZ/ pA.sA n/ gi dZu.wA k:«.dA]Mak memasukkan buah duku ke dalam raga besar untuk dijual di kedai.
getah[g:«.tAh]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada ubi, santan dan gula.   
prange[pÄA.NE]kata namasejenis alat pemanggang yang diperbuat daripada buluh atau besi.Kapek ike tu denge prange dulu, baru baka.[kA.pe/ i.kE tu d«.NE pÄA.NE du.lu bA.Äu bA.kA]Kapit ikan tu dengan alat pemanggang dulu, baru bakar.
bute nako[bu.te nA.k] sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut (berbentuk biji nangka), dimasak bersama santan, halba dan gula melaka.   
molo[m.l]kata namabekas untuk menyimpan makanan (yang diperbuat daripada tanah liat, kaca), balang.Kalu jatoh molo tu, pecoh bedera la.[kA.lu dZA.toh m.l tu p«.tSh b«.d«.ÄA lA]Kalau jatuh balang tu, pecah berderailah.
jerekak[dZ«.Ä«.kA/]kata namasejenis alat untuk menangkap ikan (diperbuat daripada buluh, rotan atau bemban) yang berbentuk seperti kelongsong dan terbuka hujungnya; serkap.   
gogoh[g.gh]kata namasejenis alat menangkap udang yang diperbuat daripada buluh, bubu.Doloh tehe gogoh nok igak ude, tapi buleh ula.[d.lh tE.hE g.gh n/ i.gA/ u.dE tA.pi bu.leh u.lA]Dolah pasang bubu nak tangkap udang, tapi yang dapat ialah ular.
cekati[tS«.kA.ti]kata namasejenis alat pembelah pinang yang diperbuat daripada besi (berbentuk seperti gunting), kacip.Acu ambek cekati tu, tok nok kacip pine ni.[A.tSu Am.be/ tS«.kA.ti tu to/ n/ kA.tSi/ pi.nE ni]Tolong ambil cekati tu, tok nak mengacip buah pinang ni.
puling[p:u.liN]kata namasejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup, diperbuat daripada tanah liat, berongga dan berbentuk burung.Budok tu tiyuk puling hok ayoh diyo buwak.[bu.d/ tu ti.ju/ p:u.liN h/ A.jh di.j bu.wA/]Budak tu meniup puling yang dibuat oleh ayahnya.

Kembali ke atas