Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg melahirkan seseorang, ibu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perempuan yg melahirkan kita; ibu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emak

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(11)

142

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
brepah[bÄ«.pAh]kata kerjaberenggang (berkenaan emak dengan anak), berpisah.Adek tok leh berepah lasong denge mok.[A.de/ t/ leh bÄ«.pAh lA.soN d«.NE m/]Adik tak boleh berpisah langsung dengan emak.
cek[tSe/]kata namapanggilan untuk ayah atau emak.Acu turut cek mung pade, ado ore mari ni.[A.tSu tu.Äu/ tSe/ muN p:A.dE A.d .ÄE mA.Äi ni]Tolong panggilkan ayah kamu di bendang, ada tetamu datang.
   2. memotong rumput, menyabit rumput, merumput.Mok dok leroh rupuk tanoh.[m/ do/ l«.čh Äu.pu/ t:A.nh]Emak sedang merumput di halaman rumah.
kame[kA.mE]kata kerjamengadun, menguli.Mok kame tepong nok buwak kuwe.[m/ kA.mE t«.poN n/ bu.wA/ ku.we]Emak menguli tepung kerana nak buat kuih.
genok[g«.n/]kata namasejenis tempayan bermulut luas untuk menyimpan beras.Mok sipe berah dale genok.[m/ si.pE b«.ÄAh dA.lE g«.n/]Emak simpan beras dalam tempayan.
lele[lE.lE]kata kerjamelumur.Mok dok tengoh lele gare kunyik ko ike.[m/ do/ t«.Nh lE.lE gA.ÄE ku.øi/ k i.kE]Emak sedang melumur garam kunyit pada ikan.
cetong[tSE.tN]kata namagayung.Ambek gak cetong tu, mok nok cedok ae ni.[Am.be/ gA/ tSE.tN tu m/ n/ tSE.d/ Ae ni]Tolong ambil gayung tu, emak nak cedok air ni.
kronyok[kč.ø/]kata kerjamemeluk dengan kuat.Adek kronyok tuboh mok maso pete kuwak takdi.[A.de/ kč.ø/ tu.boh m/ mA.s p«.te ku.wA/ tA/.di]Adik memeluk badan emak semasa petir kuat tadi.
palo mayak[p:A.l mA.jA/] bahagian harta pusaka yang diterima oleh balu si mati.Mok demo buleh palo mayak hok mano?[m/ dE.m bu.leh p:A.l mA.jA/ h/ mA.n]Emak kamu dapat bahagian harta pusaka yang mana?
dedeh[dE.dEh]kata kerjamenghabiskan makanan dan lain-lain sehingga tidak sedikit pun yang tinggal.Mok dedeh berah dale genok sapa licing.[m/ dE.dEh b«.ÄAh dA.lE g«.n/ sA.pA li.tSiN]Emak menghabiskan beras di dalam bekas sampai habis.
12

Kembali ke atas