Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.gan] | اڠݢن

Definisi : tidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu; ia ~ berjalan dgn Ramli; ~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak); ~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya; enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu; mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjutkan pekerjaan itu; keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[eng.gan] | اڠݢن

Definisi : tidak mahu; tidak sudi; tidak suka: Pd ketika itu, Raja Parsi ~ menerima seruan Nabi Muhammad SAW. mengenggankan menolak sesuatu kerana tidak suka; tidak setuju dgn. keengganan hal tidak menyetujui atau tidak menyukai; ketidaksudian: Dia hairan memikirkan ~ orang itu menerima pemberiannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enggan

Peribahasa

Angguk enggan,
     geleng mahu,
unjuk tidak diberikan.

Bermaksud :

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mecok[m:«.tS/]kata kerjamenunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, bertindak kasar dan lain-lain), merajuk, meradang.Budok tu mecok slalu, kalu tok leh kandok diyo.[bu.d/ tu m:«.tS/ slA.lu kA.lu t/ leh kAn.d/ di.j]Budak tu terus meradang kalau tak dapat apa yang dikehendakinya.
berak reng[b«.ÄA/ ÄeN] tidak mahu melakukan sesuatu apabila disuruh, enggan, malas.Jange dok berak reng sangak gak, kalu ore suroh gapo-gapo.[dZA.NE do/ b«.ÄA/ ÄeN sA.NA/ gA/ kA.lu .ÄE su.Äoh ::]Jangan malas sangat kalau orang suruh buat sesuatu.

Kembali ke atas