Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[en.tah] | انته

Definisi : 1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? E~; macam mana perkara ini mahu di-selesaikan? E~lah; entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!; jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ... atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga; entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali; berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan); entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[en.tah] | انته

Definisi : 1 kata utk menyatakan tidak tahu: ~ siapa yg mengambil mesin taipnya itu. 2 = entahkan boleh jadi; barangkali; mungkin: ~ benar, ~ tidak. entah-entah jangan-jangan; kalau-kalau: ~, dia sudah tidak ada di situ lagi. berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan). entah-berentah anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata entah

Puisi
 

Apa benda di tepi hutan,
     Entah hantu entah syaitan;
Tak biasa ribut serta taufan,
     Jangan berani belayar lautan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

ok

Bermaksud :

entah

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
perak tako[p«.ÄA/ tA.k] entah ke mana-mana.Takdi ado sini budok tu, tapi takdok pulok, perat tako gi mano.[tA/.di Ad s:i.ni bu.d/ tu tA.pi t:A/.d/ pu.l/ p«.ÄA/ tA.k gi m:A.n]Tadi ada di sini budak tu, tapi tak ada pula, entah ke mana perginya.
sak patak[sA/ pA.tA/] tidak tahu ke mana seseorang itu pergi.Mung tok soh gi cari diyo la, nyo gi sak patak doh.[muN t/ sh gi tSA.Äi di.j lA ø gi sA/ pA.tA/ dh]Kamu tak usah mencari dialah, dia dah pergi entah ke mana.

Kembali ke atas