Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gopoh] | ݢوڤوه

Definisi : cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh; gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu; bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gopoh] | ݢوڤوه

Definisi : sentiasa hendak lekas serta kurang berhati-hati ketika melakukan sesuatu. bergopoh-gopoh melakukan sesuatu dgn cepat dan tidak cermat; bergesa-gesa: Jangan ~, nanti jatuh. tergopoh-gopoh dlm keadaan bergopoh-gopoh; tergesa-gesa. Dgn ~, dia keluar dr bilik itu. kegopohan keadaan atau hal gopoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gopoh

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam pun mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jika gopoh merosak diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai buah keras di dalam sekul.

Bermaksud :

Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lola[l.lA)]kata adjektiftidak berhati-hati, gopoh.Mung ni lola, bendo besa tu nyo sepak buleh.[muN ni l.lA) b«n.d b«.sA tu ø s«.pA/ bu.leh]Kamu ni gopoh, benda sebesar tu disepaknya.
jalak[dZ:A.lA)/]kata kerjatersangkut makanan di kerongkong (tekak) tersedak, tercekik.Jange dok tebolah sangak gak minum ae tu, jalak ke.[dZA.NE do/ t«.b.lA)h sA.NA/ gA/ mi.num Ae tu dZ:A.lA)/ kE]Jangan terlalu gopoh minum air, nanti tersedak.

Kembali ke atas