Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jah[dZAh]kata tugassahaja, cuma, hanya.Ambo mari sore jah.[Am.b mA.Äi s.ÄE dZAh]Saya datang seorang sahaja.
leba pulok[l«.bA pu.lo/] seseorang lebai yang suka menerima jemputan kenduri hanya untuk makan.Diyo tu leba pulok, kalu ajok make wojik diyo gi.[di.j tu l«.bA pu.lo/ kA.lu A.dZ/ mA.kE w.dZi/ di.j gi]Dia tu lebai pulut, kalau ajak makan dia mesti pergi.
jong kako[dZoN kA.k] orang yang ditugaskan untuk mengangkat hidangan dalam majlis kenduri-kendara, penanggah.Tepak bekwoh tu, ambo jadi jong kako jah.[t«.pA/ b:E/.wh tu Am.b dZ:A.di dZoN kA.k dZAh]Di tempat kenduri tu, saya hanya jadi penanggah saja.
   2. berpeluk tubuh.Maso boh gini, mung jange dok paok bika tanggok sajo, gi la buak gapo-gapo.[mA.s bh g:i.ni muN dZA.NE do/ pAo/ bi.kA tAN.go/ sA.dZ gi lA bu.wA/ g:A.p.g:A.p]Masa banjir begini, kamu janganlah hanya berpeluk tubuh saja, pergilah buat apa-apa kerja.

Kembali ke atas