Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ta] | هرتا

Definisi : barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll); ~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yg dibawa pd ketika berkahwin; ~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); ~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; ~ dunia barang-barang yg tidak kekal, barang-barang duniawi; ~ hibah harta yg diberi dgn keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia); ~ jangka panjang (Eko) benda (spt tanah, bangunan, jentera, dll) utk keperluan perusahaan dlm jangka waktu panjang, aset jangka panjang; ~ jangka pendek (Eko) wang atau benda yg mudah dijadikan wang, aset jangka pendek; ~ karun harta benda yg tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yg didapati dgn tidak sah; ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang; ~ mudah cair (Eko) benda yg mudah dijadikan wang (dijual); ~ pencarian harta benda yg didapati drpd usaha sendiri (bukan yg dipusakai); ~ (pen)dapatan harta yg dibawa oleh pihak perempuan; ~ pusaka harta warisan (harta peninggalan si mati); ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm masa perang; ~ sepencarian harta yg diperoleh drpd usaha suami isteri; ~ tanah (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yg terdapat di atasnya (spt bangunan, tanaman, balak, atau galian); ~ sung­guh harta yg berupa mata benda; ~ tak sungguh (Eko) hak yg tidak berupa benda (spt hak cipta dll); ~ tidak kurang keadaan harta melebihi hutang; ~ pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk seseorang; berharta mempunyai harta, kaya, berada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ta] | هرتا

Definisi : barang-barang spt rumah, tanah yg berharga yg dipunyai oleh seseorang. ~ benda segala barang yg berharga. ~ karun harta yg tidak diketahui tuannya. ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang. ~ pusaka barang-barang berharga peninggalan orang yg telah meninggal dunia. ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm peperangan dll. ~ terpendam segala harta, emas dsb yg tidak diketahui sebelumnya dan yg tersimpan (tersembunyi) di sesuatu tempat, di dlm tanah dll. berharta mempunyai harta; berada; kaya: Dia hidup senang sebab dia orang ~. hartawan 1 mempunyai harta; berharta; kaya: Orang itu bangsawan lagi ~. 2 orang yg berharta; orang kaya: Dia ~ yg terkenal di negeri ini. kehartawanan sifat hartawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harta (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, kebendaan, kekayaan, kemewahan, pusaka;,
Kata Terbitan : berharta,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harta orang hendak dikebas.

Bermaksud :

Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas).

 

Lihat selanjutnya...(50)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
palo mayak[p:A.l mA.jA/] bahagian harta pusaka yang diterima oleh balu si mati.Mok demo buleh palo mayak hok mano?[m/ dE.m bu.leh p:A.l mA.jA/ h/ mA.n]Emak kamu dapat bahagian harta pusaka yang mana?
licing mone[li.tSiN m:.nE] habis sama sekali (berkenaan harta dan lain-lain), habis langsung; licing dalek, licing damah.Nasik dale pingge licing mone, nyo make ko Mamak.[nA.si/ d:A.lE piN.gE li.tSiN m:.nE ø mA.kE k mA.mA/]Nasi dalam pinggan habis dimakan oleh Mamat.
licing damah[li.tSiN d:A.mAh] habis sama sekali (berkenaan harta dan lain-lain), habis langsung; licing dalek, licing mone.Pitih aku licing damah doh wak blanjo bule ni.[pi.tih A.ku li.tSiN d:A.mAh dh wA/ blAn.dZ bu.lE ni]Wang aku dah habis kerana berbelanja bulan ni.
licing dalek[li.tSiN d:A.le/] habis sama sekali (berkenaan harta dan lain-lain), habis langsung; licing damah, licing mone.Mung make nasik sapa licing dalek, tok taroh ko ore laeng lasong.[muN mA.kE nA.si/ sA.pA li.tSiN d:A.le/ t/ tA.Äoh k .ÄE lAeN lA.soN]Kamu makan nasi sampai habis langsung, tak tinggal sedikit untuk orang lain.
   2. mencuri.Mung dok sini buwak pranga molek, jange dok jelok bare ore.[muN do/ s:i.ni bu.wA/ pÄA.NA m:.lE/ dZA.NE do/ dZ«.l/ bA.ÄE .ÄE]Kamu duduk di sini buat perangai elok-elok, jangan mencuri harta benda orang.

Kembali ke atas