Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jerunga[dZ«.Äu.NA]kata kerjamenghulur tangan (hendak mengambil sesuatu), menghulur badan atau kepala (hendak melihat sesuatu).Ambo tengok tange jerunga dok mitok sedekoh.[Am.b tE.N/ tA.NE dZ«.Äu.NA do/ mi.t/ s«.d«.kh]Saya lihat tangan berhuluran sedang minta sedekah.
   3. terhendap-hendap kerana hendak mencuri, mengintai.Mung dok wak gapo, dok nikdap-nikdap blake rumoh ore.[muN do/ wA/ g:A.p do/ ni/.dA/.ni/.dA/ blA.kE Äu.mh .ÄE]Kamu sedang buat apa, terhendap-hendap di belakang rumah orang.
lapa mato[lA.pA mA.t] hendak memiliki (mempunyai), berkeinginan.Aku kalu gi keda lapa mato sokmo, semo nok beli.[A.ku kA.lu gi k:«.dA lA.pA mA.t s/.m s:«.m n/ b«.li]Saya kalau pergi kedai selalu berkeinginan, semua saya nak beli.
lapa peda[lA.pA p«.dA] berasa hendak makan (kerana perut kosong), lapar perut.Nanok cepak sikik gak, aku lapa peda ni.[n:A.n/ tS:«.pA/ si.ki/ gA/ A.ku lA.pA p«.dA ni]Masak nasi cepat sikit, aku lapar perut ni.
berak[b:«.ÄA/]kata adjektifberkenaan buah dalam keadaan mula hendak masak.Buoh mokte blake rumoh tu, berak doh.[:]Buah rambutan belakang rumah tu dah mula masak.
petak[p«.tA)/]kata kerja1. menyentuh (memegang-megang atau menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (tanpa melihat), meraba.Dohlah balek male, masok rumoh, keno petak dindeng cari suweh lapu, lamo baru jupo.[dh.lAh bA.le/ mA.lE mA.so/ Äu.mh k«.n p«.tA/ din.deN tSA.Äi su.weh lA.pu lA.m bA.Äu dZ:u.p]Sudahlah balik waktu malam, nak masuk rumah, kena raba dinding cari suis lampu, lama baru jumpa.
jangak[dZA.NA/]kata kerjamengurut perut yang dilakukan oleh bidan semasa wanita hendak melahirkan anak.Tok bide dok jangak perok Kak Nik nok branok.[to/ bi.dE do/ dZA.NA/ p«.Äo/ kA/ ni/ n/ bÄA.n/]Mak bidan sedang mengurut perut Kak Nik yang nak bersalin.
kemah keming[k«.mAh k«.miN] keadaan ikatan atau tutupan yang terlalu kuat dan susah hendak ditanggalkan atau dicabut.Jusoh ikat tali tiye tu kemah keming sapa tok leh nok cabut.[dZu.soh i.kA/ tA.li t:i.jE tu k:«.mAh k«.miN sA.pA t/ l«h n/ tSA.bu/]Jusuh mengikat tali di tiang tu terlalu kuat hingga tidak boleh dicabut.
ketak-ketak[k«.tA)/.k«.tA)/]kata adjektifteringin sangat.Adek ketak-ketak nok gi muzium.[A.de/ k«.tA)/.k«.tA)/ n/ gi mu.zi.jum]Adik teringin sangat hendak pergi ke muzium.
gemuloh[g«.mu.lh]kata namaarwah.Gemuloh ayoh ambo baek tlajok, kalu mung nok tahu gak.[g«.mu.lh A.jh Am.b bAe/ tlA.dZ/ kA.lu muN n/ tA.hu gA/]Arwah ayah saya terlalu baik orangnya, kalau kau hendak tahu.
12

Kembali ke atas