Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tokse[t/.se]kata adjektiftidak mahu, tidak ingin.Anok ambo tokse gi skoloh ari ni.[A.n/ Am.b t/.se gi sk.lh A.Äi ni]Anak saya tak mahu pergi sekolah hari ni.
babak II[b:A.bA/]kata adjektifberkenaan perasaan yang ingin benar akan sesuatu, kemaruk.Mung tu babak nok bini la tu dok sebok ari-ari.[muN tu b:A.bA/ n/ b:i.ni lA tu do/ s«.bo/ A.Äi.A.Äi]Kamu tu kemaruk nak beristeri la tu, asyik sebut setiap hari.
gadoh[gA.doh]kata kerjaterburu-buru dalam membuat sesuatu kerana ingin cepat, bergegas, tergopoh-gapah.Gadoh bena napok, demo nok gi mano gak.[gA.doh b«.nA nA.p/ dE.m n/ gi m:A.n gA/]Terburu-buru nampak, awak nak pergi ke mana ni?
ngakah[N:A.kAh]kata kerjamencakar-cakar dan mengorek-ngorek (berkenaan ayam yang ingin bertelur), mengais.Aye tu dok ngakah kokse pasa nok telo.[A.jE tu do/ N:A.kAh k/.se pA.sA n/ t:«.l]Ayam tu mengais tak tentu hala kerana nak bertelur.
nyengak[ø:«.NA/]kata adjektifkeinginan yang amat sangat kepada sesuatu secara tiba-tiba.Guwano Pok Me nyengak nok gi Mekoh tahong ni.[gu.wA.n p/ mE ø:«.NA/ n/ gi m:«.kh tA.hoN ni]Kenapa Pak Man ingin sangat pergi Mekah tahun ni.
lebu[l«.bu]kata adjektifterlalu masak, ranum; lohu.Pise tu jadi lebu doh pasa tak dok sapo make.[pi.sE tu dZ:A.di l«.bu dh pA.sA tA/ d/ sA.p mA.kE]Pisang tu dah menjadi terlalu masak sebab tak ada sesiapa yang ingin memakannya.
neron[n:«.Äon]kata namasarung atau kelongsong peluru.Ahli rela hok nok tuka pluru bede baru, keno tunjok neron kosong hok paka doh.[Ah.li rE.lA h/ n/ tu.kA plu.Äu b«.de bA.Äu k«.n tun.jo/ n:«.Äon ko.soN h/ pA.kA dh]Ahli RELA yang ingin menukar peluru yang baru, mestilah menunjukkan sarung peluru yang telah dipakai.

Kembali ke atas