Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ras] | ايرس

Definisi : asal drpd satu bahan dan tidak bersambung: jenis keris Majapahit yg mempunyai hulu dan mata seiras; keris ganja ~ keris sepukal (keris yg hulu dan matanya dibuat drpd besi yg satu); mengiras merupakan satu (bukan bersam­bung drpd dua atau tiga bahan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : Mn; seiras, iras-iras hampir serupa (dgn), hampir semacam atau sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir serupa dgn, mirip kpd; mengiras-iras menyerupai, mirip; mengiras-irasi menyama-nyamakan, membanding-bandingkan rupa orang (muka dll); keirasan sifat (ciri-ciri dsb) yg hampir serupa dgn atau mirip kpd sesuatu: ada ~ dgn konsep heroisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : ; irasan seni batik kain yg dijadikan dasar tekatan atau sulaman (kain baldu utk tekatan manakala kain kapas, kasa, sutera utk sulaman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : ; seiras serupa atau hampir serupa (mukanya): Mukanya ~ muka Mat Kilau. mengiras-irasi sama dgn; menyerupai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iras
Bahasa Asal :Minangkabau
Rujuk :mirip


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meh[mEh]kata namarupa, iras.Diyo ado meh mok diyo.[di.j A.d mEh m/ di.j]Dia ada iras emaknya.
semeh[s«.mEh]kata adjektifhampir sama atau serupa dengan seseorang, seiras, mirip.Rupo penyanyi tu nok semeh denge rupo tune ambo.[Äu.p p«.øA.øi tu n/ s«.mEh d«.NE Äu.p tu.nE Am.b]Iras wajah penyanyi tu mirip wajah tunang saya.

Kembali ke atas