Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~ pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih belum ~ lagi; menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun; terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; jawaban, jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; penjawab orang yg menjawab: sepuluh soal­an yg meminta ~ mengenal jenis-jenis kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil, disoal dll; sahut: Apabila disoal, kamu hendaklah memberikan ~nya. berjawab ada jawabnya; berbalas: Soalan itu tidak ~ kerana ia sudah mula menangis. menjawab membalas pertanyaan (surat dll); menyahut: Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. jawapan apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau dipanggil dia menyahut,
     bila dilihat dia bersuara.

Bermaksud :

Jawab yang benar dan tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jerehek[dZ«.ÄE.hE/]kata kerjamenjawab dengan kasar, menengking.Jawab molek gak, jange dok jerehek gitu.[dZA.wA/ m:.lE/ gA/ dZA.NE do/ dZ«.ÄE.hE/ g:i.tu]Jawab dengan elok, jangan menengking begitu.
cetung II[tS«.tuN]kata tugas(masam) menjadi sangat masam.Muko diyo mase cetung pasa tok leh jawab prekso.[mu.k di.j mA.sE tS:«.tuN pA.sA t/ leh dZA.wA/ pÄE/.s]Mukanya sangat masam sebab tak dapat menjawab soalan peperiksaan.
abih te[A.bih tE] bersungguh-sungguh membuat sesuatu pekerjaan; abih o, abih reng.Aku baco abih te doh, tok leh jawak prekso gak, tok tahu la. Aku dah belajar bersungguh-sungguh, kalau tak dapat jawab soalan periksa, tak tahulah.
ngesuk[N:«.su/]kata namatempat terakhir (dalam pertandingan, pertaruhan dan lain-lain), kedudukan yang paling rendah, corot; boh, gusuk.Mung jawak prekso guano nanggung buleh nombo ngesuk.[muN dZA.wA/ pÄE/.s gu.wA.n n:AN.guN bu.leh nm.b N:«.su/]Kamu jawab periksa macam mana, hinggakan dapat nombor penghabisan.
selak[s«.lA/]kata tugassekiranya, kalau, jika, jikalau.Mung tok gi skoloh ni, selak cekgu tanyo mung nok jawak guwano.[muN t/ gi sk.lh ni s«.lA/ tSE/.gu tA.ø muN n/ dZA.wA/ gu.wA.n]Kamu tak pergi ke sekolah ni, kalau cikgu tanya bagaimana kamu nak jawab.

Kembali ke atas