Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ji/] | جيجيق

Definisi : 1. meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dll): aku berasa ~ dgn keadaan di rumah sakit itu; banyak orang ~ melihat perangai buruk Munah; 2. kotor atau keji (yg memualkan, yg tidak suka dilihat): jangan kau pegang makanan itu, ~; menjijikkan 1. berasa jijik akan, meng­anggap jijik; 2. menimbulkan (men­datang­kan) rasa jijik: perangaimu itulah yg ~ kami; kejijikan perihal jijik; penjijik orang yg tidak suka akan benda (keadaan) yg kotor: dia ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ji/] | جيجيق

Definisi : 1 mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji: ~ sekali makanan itu. 2 berasa tidak suka melihat sesuatu kerana kotor atau keji: Ia ~ melihat perangai kawannya yg tamak itu. menjijikkan 1 berasa jijik akan; menganggap sesuatu jijik: Jangan suka ~ pengemis, walaupun dia kelihatan kotor. 2 menimbulkan rasa jijik: perbuatan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jijik (adjektif)
1. Bersinonim dengan geli: geli-geman, geli-geleman, gelinggaman, genyi, loya, jejap, mual, seer,
Berantonim dengan berselera

2. Bersinonim dengan meluat: menyampah, cicik, benci, tidak suka, getik, geli,
Berantonim dengan suka

Kata Terbitan : menjijikkan, kejijikan,


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sege[s«.gE]kata adjektifjijik pada sesuatu yang berlendir, berlumpur dan lain-lain; se’e.Sege nok turong tanoh kalu uje-uje gini gak.[s«.gE n/ tu.ÄoN t:A.nh kA.lu u.dZE.u.dZE g:i.ni gA/]Jijiklah nak keluar kalau hujan begini.
se’e[sE/.E]kata adjektif1. jijik pada sesuatu yang berlendir, berlumpur dan lain-lain; sege.Se’e nok turong tanoh kalu uje gini gak.[sE/.E n/ tu.ÄoN t:A.nh kA.lu u.dZE g:i.ni gA/]Jijiklah nak keluar rumah kalau hujan begini.

Kembali ke atas