Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bur] | کابور

Definisi : 1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang terang (bkn pe­lihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~ nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak atau kurang jelas (maksudnya, kan­dungannya, dsb), tidak nyata, samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg indah itu menjadi ~ dan samar-samar; mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~; mengaburi menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad; mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat); kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~; kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : Kl sj kumbang kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : Jk lari, melarikan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : 1 tidak dpt melihat dgn terang atau dgn jelas (bkn mata); kurang terang (penglihatannya): Matanya ~. 2 tidak cukup terang; tidak jelas (bkn tulisan, warna dll); pudar; samar(-samar): Tulisannya sudah ~. Lukisan itu menjadi ~ kerana lama tergantung di dinding. 3 tidak jernih (benda-benda spt kaca); pudar; kelam. 4 ki tidak jelas atau kurang jelas; samar(-samar): Ingatannya ttg peristiwa itu sudah ~. Keterangan yg diberikan agak ~. mengabur menjadi kabur: Nasib hari depannya ~. mengaburi menjadikan kabur: Asap tebal telah ~ pemandangannya. mengaburkan menyebabkan jadi kabur: Pemimpin itu ~ pandangan orang ramai dgn janji yg muluk-muluk. kekaburan keadaan kabur; kekelaman; kepudaran. kekabur-kaburan agak kabur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabur


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bole[b.lE]kata adjektifberkenaan penglihatan yang hampir kabur.Mato budok tu bole keno batu bidah mareng.[mA.t bu.d/ tu b.lE k«.n bA.tu b:i.dAh m:A.ÄeN]Mata budak tu hampir buta terkena batu lastik semalam.
gari[g:A.Äi]kata adjektifberkenaan mata yang masih terang penglihatan, tidak kabur (walaupun sudah tua).Mato Pok Leh gari lagi tuo-tuo pong.[mA.t p/ lEh g:A.Äi lA.gi tu.w.tu.w poN]Mata Pak Leh masih lagi terang walaupun tua.

Kembali ke atas