Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kalau (kata tugas)
Bersinonim dengan jika, jikalau, seandainya, sekiranya, misalnya, bila, senyampang.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lebuk[l«.bu/]kata namatanda atau bekas yang menunjukkan sesuatu seperti jalan dan lain-lain yang sering digunakan.Kalu gitu, budok tu lalu kok tu sokmo gi skoloh sapa lebuk jale tu.[kA.lu g:i.tu bu.d/ tu lA.lu ko/ tu s/.m gi sk.lh sA.pA l«.bu/ dZA.lE tu]Kalau begitu, budak tu sering menggunakan jalan itu pergi sekolah sehingga meninggalkan bekas.
lede[lE.dE]kata adjektiftidak begitu mempedulikan, ambil mudah, endah tak endah.Kalu ore suroh kito buwak krijo, kito jange buwak lede.[kA.lu .ÄE su.Äoh ki.t bu.wA/ kÄi.dZ ki.t dZA.NE bu.wA/ lE.dE]Kalau orang suruh kita buat kerja, kita jangan ambil mudah.

Kembali ke atas